Oktoberfest promosi arak tak perlu diadakan, kata menteri agama

July 28, 2022 · Isu semasa

Sambutan Oktoberfest – festival mempromosikan – tidak sepatutnya diadakan kerana ia berpotensi mengganggu keharmonian dan keselamatan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata orang bukan Islam tidak dilarang mengambil alkohol, tetapi acara Oktoberfest boleh mencetuskan masalah sosial kerana alkohol diminum secara terbuka dalam suasana perayaan.

“Pada Oktoberfest, semua orang harus menghormati peraturan dan undang-undang Malaysia. Islam adalah agama Persekutuan,” kata Idris.

Beliau berkata, minuman beralkohol di majlis terbuka kepada orang ramai tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia boleh mencetuskan masalah sosial menjejaskan keharmonian dan keselamatan.

“Selain itu, kesan memabukkan alkohol boleh mengakibatkan keganasan rumah tangga, kemalangan jalan raya, kemiskinan, pergaduhan, masalah kesihatan dan isu prestasi kerja,” kata Idris dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bertarikh 27 Julai.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kerajaan tidak menentang perayaan Bon Odori oleh Kedutaan Jepun kerana ia adalah perayaan budaya orang Jepun berdasarkan tradisi dan kepercayaan mereka.

Idris menasihatkan umat Islam supaya tidak hadir ke majlis kebudayaan itu kerana kajian awal dan pemerhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan ia mempunyai ajaran agama lain dan bertentangan dengan Islam.

Terdahulu, Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian kerajaan dalam sambutan Bon Odori dan Oktoberfest, yang merupakan acara kebudayaan Jepun dan Jerman di bawah naungan kedutaan masing-masing.

PAS secara konsisten menentang Oktoberfest walaupun acara itu tidak terbuka kepada umat Islam, dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata bahawa perayaan Bavaria tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Berita berkaitan
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
16 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang gesa dalang skandal kapal LCS didakwa, desak Zahid jawab
August 5, 2022· Politik
Isu LCS RM9.1 bilion, baharu sekarang Hisham kata pesalah akan dihukum
August 4, 2022· Isu semasa
Dr Mahathir tubuh gagasan baharu sebagai persediaan PRU-15
August 4, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
40 minit lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
2 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok