OKT lolos dalam video tular dipenjara 4 bulan

January 19, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki yang meloloskan diri ketika dibawa menaiki lori polis selepas menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang dekat sini dan tular dalam media sosial, dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini.

Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai majistret menjatuhkan hukuman itu ke atas R. Theyagarajan, 24, selepas dia mengaku bersalah melarikan diri daripada jagaan anggota polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang, menurut laporan Bernama.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 9 Jan lepas.

Theyagarajan didakwa melakukan perbuatan itu di Klinik Kesihatan Beranang, Hulu Langat di sini pada 11 pagi, 11 Jan lepas mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh melarikan diri daripada tahanan dan kawalan polis tetapi berjaya ditahan semula 50 meter dari lokasi kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum, namun Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman penjara mengambil kira dia telah membahayakan orang awam.

“Kebiasaannya, mereka yang dituduh di bawah kesalahan ini boleh dipenjara antara enam bulan hingga setahun. Ia akan menjadi pengajaran kepadanya dan orang awam agar tidak mengulangi perbuatan tersebut,” kata Hakim Amir.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 19 Orang Kena Tahan (OKT) dari Balai Polis Kajang dibawa anggota polis ke klinik kesihatan berkenaan untuk menjalani saringan Covid-19.

Setelah selesai urusan saringan, kesemua OKT dimasukkan semula ke dalam lori namun seorang lelaki (tertuduh) cuba melarikan diri dan hasil semakan mendapati tertuduh ditangkap berhubung kes samun dan sedang dalam tempoh tahanan reman.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok