Objek dipercayai serpihan roket China ditemui di Sarawak

August 1, 2022 · Isu semasa

Dua keluarga di Batu Niah, Sarawak, diarah untuk mengosongkan rumah berikutan kebimbangan radioaktif selepas objek asing ditemui berhampiran kediaman mereka.

Langkah itu diambil bagi membolehkan siasatan berhubung kebimbangan mengenai objek yang dipercayai serpihan daripada roket Long March 5B China.

Kewujudan objek hitam tidak dikenali itu di Lot 65, Pekan Sepupok Lama, Niah, dilaporkan penduduk setempat pada Ahad (31 Julai).

Sejurus panggilan kecemasan diterima jam 6 petang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Niah mengerah lima anggota ke lokasi objek berkenaan.

“Pasukan operasi menemui objek hitam yang tertimbus kira-kira setengah meter dalam tanah dan gambar telah dirakam untuk tindakan lanjut,” lapor Astro Awani memetik anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Niah sebagai berkata pada Isnin (1 Ogos).

Jurucakap itu berkata, penghuni kedua-dua rumah itu diarahkan untuk mengosongkan kediaman mereka sementara waktu.

Operasi itu ditangguhkan kira-kira jam 8.20 malam Ahad sementara menunggu arahan lanjut.

Sebelum ini, heboh di media sosial dengan beberapa video dan gambar memaparkan objek terang seperti meteor di ruang udara Sarawak khususnya di kawasan Kuching.

Objek itu dipercayai serpihan daripada roket Long March 5B yang dilaporkan telah memasuki atmosfera bumi melintasi Lautan Hindi sekitar jam 12.45 pagi Ahad (31 Julai), menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat.

Sementara itu, polis Miri mengesahkan terdapat serpihan logam, dipercayai bahagian roket Long March 5B milik China, terbenam berdekatan sebuah rumah di Sepupok, Batu Niah.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan objek itu semalam (Ahad) dan menerusi tinjauan yang dilakukan, serpihan logam itu didapati terbenam kurang satu meter di dalam tanah.

Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisis tempat tersebut.

“Kita nasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana dibimbangi logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya

Berita berkaitan
Mangsa banjir di empat negeri kini 12,000 ditempatkan di PPS
January 27, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir meningkat, keadaan bertambah buruk di tiga negeri
January 26, 2023· Isu semasa
Menteri sambut pelancong dari China gesa petugas imigresen ditambah di KLIA
January 24, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Popular
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Dasar manifesto apa kerajaan sekarang nak laksanakan, PH atau BN?
January 28, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
1 jam lalu · Isu semasa
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
2 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sabah menurun dan Pahang kekal
3 jam lalu · Isu semasa
23 ladang babi di Pulau Pinang sudah dijangkiti ASF, kata Ketua Menteri
17 jam lalu · Isu semasa
Tak perlu darurat kerana banjir libatkan beberapa negeri sahaja: Zahid
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 minit lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok