Norma baru proses pengundian, tiada lagi peraih undi tapi perlu ikut SOP

November 20, 2021 · Isu semasa

Orang ramai yang keluar mengundi perlu memastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tiada lagi keriuhan suasana pilihan raya seperti kebiasaannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Tiada lagi peraih undi seperti mana kebiasaan mana pilihan raya sebelum ini, sebaliknya pengundi perlu memakai pelitup muka, menjalani proses saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Malahan, pengundi juga terlebih dahulu perlu melakukan proses saringan di satu khemah disediakan sebelum dibenarkan masuk mengundi.

Bagi pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau oleh pegawai kesihatan.

Pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran telah mula buka pada pukul 8 pagi ini bersempena PRN Melaka.

Dijangka sebanyak 476,037 pengundi akan keluar mengundi hari ini bagi memilih 28 daripada 112 calon bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Para pengundi boleh menunaikan tanggungjawab masing-masing bermula 8 pagi sehingga 5.30 petang.

Proses pengundian awal telah berlangsung pada Selasa lalu apabila 89.90 peratus atau 10,390 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober seperti mana di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ia ekoran empat ADUN menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok