Nilai ringgit terus jatuh, kita tak boleh beli apa-apa: Ku Li

May 27, 2022 · Isu semasa

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bimbang dengan kejatuhan mata wang ringgit yang disifatkannya bakal memberi kesan kepada ekonomi negara dan rakyat khususnya.

Tengku Razaleigh atau dikenali Ku Li itu berkata kerajaan perlu mencari jalan untuk memulihkan mata wang negara kerana jika keadaan tersebut berterusan ia bakal mengakibatkan nilai ringgit tidak lagi ada nilai sehingga menyukarkan sebarang urusan perniagaan kelak.

“Sekarang ini pun dua hari lalu harga ringgit kita dah turun kepada RM4.40 berbanding 1 dolar AS dan ini akan menjadi lebih teruk.

“Dikatakan akhir tahun ini ramalannya ringgit kita akan jatuh kepada RM5.50 bagi 1 dolar AS. Kalau ini berlaku, sudah tentu susah kita nak beli barangan yang terpaksa diimport.

“Kalau terus jatuh kita tak boleh beli apa-apa. Dah tak ada nilai. Sebagai contoh, kalau nilai ringgit kita jatuh kepada lima sen misalnya apa yang boleh kita beli? Ini masalah sebenarnya,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu dipetik laporan Utusan Malaysia.

Ku Li yagn juga bekas Menteri Kewangan itu tidak menolak nilai ringgit dijangka akan terus merosot.

Ujarnya lagi, rakyat kini sudah terbeban dengan masalah harga barangan asas makanan yang tinggi.

Katanya, rakyat ketika ini perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhati-hati.

“Saya tak nak ugut atau menakutkan sesiapa, keadaan ini akan berlaku. Kita hanya ada dua bulan bekalan makanan padahal penduduk kita lebih ramai berbanding Singapura yang ada bekalan sehingga enam tahun.

“Kalau kita tak ambil tindakan segera kita akan berhadapan dengan masalah. Bukan sahaja masalah ekonomi tetapi masalah sosial dan macam saya sebut tadilah keadaan akan jadi huru-hara serta demonstrasi terutama sekali oleh orang bukan berada,” katanya.

Terdahulu, sebuah firma penyelidikan memberi amaran inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan, lapor Bernama.

“Inflasi makanan global kekal tinggi terutamanya harga jagung, bijirin dan sayur-sayuran.

“Bagaimanapun, kami berpendapat tekanan inflasi secara keseluruhannya akan kekal stabil berikutan inflasi bahan api yang berada dalam aliran penurunan,” katanya dalam satu nota ekonomi hari ini.

Untuk rekod, para pengguna juga kini terbeban dengan kenaikkan harga barang yang sudah membebankan kehidupan harian.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
6 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok