Nilai ringgit menyusut

February 7, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit menyusut pada urus niaga pagi ini berbanding dolar AS berikutan kekurangan permintaan ekoran kejatuhan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1835/1875 berbanding dolar AS daripada penutup hari Jumaat pada 4.1805/1810, lapor Bernama.

Penganalisis itu berkata pelabur menjauhkan diri daripada pasaran mata wang asing tempatan menjelang pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2021 Malaysia yang dijadualkan pada Jumaat.

“Mata wang tempatan dijangka diniagakan lebih rendah berikutan peningkatan ketara kes harian COVID-19 di negara ini,” katanya kepada Bernama.

Pada Ahad, 10,089 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 negara kepada 2,914,220.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun pada 3.6299/6337 daripada penutupan Jumaat 3.6365/6372, meningkat berbanding pound British pada 5.6615/6669 daripada 5.6721/6728 dan lebih tinggi berbanding Euro pada 4.7909/7955 daripada 4.7929/7935 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.1097/1129 berbanding penutupan Jumaat 3.1096/1102.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, tren melemah berterusan
March 1, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok