Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS

April 26, 2023 · Isu semasa

Ringgit terus menyusut berbanding dolar US hari ini seiring dengan mata wang Asia lain apabila dolar US mencatatkan kenaikan semalaman berikutan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi walaupun dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang agak lembap.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan rendah pada 4.4565/4585 berbanding dolar US daripada 4.4480/4520 yang disaksikan semalam, menurut laporan Bernama.

Seorang peniaga berkata terdapat peningkatan permintaan terhadap dolar US sebagai aset selamat berikutan kebimbangan yang diperbaharui ke atas sektor perbankan dan ekonomi Amerika Syarikat (AS) susulan rentetan pendapatan korporat termasuk data keyakinan pengguna yang lebih lemah daripada jangkaan, yang mengekalkan selera untuk kebanyakan aset dipacu risiko terhad minggu ini.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pasaran juga kekal dalam mod berisiko berikutan pendapatan gergasi penghantaran AS, United Parcel Service (UPS) mula mencerminkan penyusutan dalam logistik di negara tersebut dan mungkin di seluruh dunia.

“Ini menjejaskan pengeksport Asia seperti Malaysia. Ringgit juga menerima kesan negatif daripada kejatuhan harga minyak memandangkan kurang permintaan daripada lori pengangkutan dan ini memberi kesan kepada harga diesel,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding euro kepada 4.9209/9231 daripada 4.9061/9106, turun berbanding yen Jepun kepada 3.3397/3415 daripada 3.3231/3264 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.5573/5597 daripada 5.5462/5512 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang Asean.

Ringgit lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 300.3/300.6 daripada 297.6/298.2, adalah lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0261/0365 daripada 12.9325/9494 dan mencatatkan kerugian berbanding dolar Singapura kepada 3.3387/3405 daripada 3.3293/3328 namun kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
11 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
11 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok