Nilai ringgit menjunam lagi berbanding dolar AS

September 22, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup hari ini (22 September 2022), walaupun harga minyak lebih tinggi, kata seorang peniaga.

Selain itu, dolar AS bertambah kukuh setelah Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus untuk kali ketiga berturut-turut untuk mengekang inflasi yang berleluasa.

Bernama melaporkan, pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5660/5695 berbanding dolar AS, daripada 4.5520/5550 pada penutup semalam.

Menurut Ambank Research, lebih banyak kenaikan kadar faedah dijangka dalam dua mesyuarat akan datang pada November dan Disember, dan inflasi dijangka kekal.

“Oleh itu, garis dasar kami mencadangkan bahawa kadar Fed harus diselesaikan pada 4.25 peratus hingga 4.50 peratus, manakala kenaikan adalah pada 4.50 peratus dan 4.75 peratus menjelang akhir 2022,” katanya dalam nota hari ini.

Menurut laporan berita, Fed telah meluluskan kenaikan kadar faedah ketiga berturut-turut sebanyak 0.75 peratus dan menjangkakan kenaikan tambahan mungkin dibuat dalam mesyuarat akan datang untuk memerangi inflasi yang kekal menghampiri paras tertinggi 40 tahun.

Pada masa penulisan ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.85 peratus kepada AS$90.59 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2196/2225 daripada 3.2217/2243 pada penutup semalam, menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.1564/1603 daripada 5.1629/1663 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5002/45527 daripada sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1890/1919 daripada 3.1633/1656 sebelumnya.

Berita berkaitan
Selepas beberapa hari mengalami kejatuhan, ringgit dibuka tinggi sedikit
October 5, 2022· Isu semasa
Asas kewangan masih kukuh, Malaysia tak berdepan krisis: Zafrul
October 4, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka tak berubah, menghampiri RM4.70 berbanding dolar
October 4, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
8 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok