Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam

July 6, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit terus jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sementara Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini (Rabu, 6 Julai 2022) lebih rendah susulan kemunculan kegiatan pengambilan untung.

Pada penutut dagangan hari ini, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut berikutan mata wang negara maju itu yang mengukuh, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot berbanding dolar AS kepada 4.4225/4260 daripada 4.4185/4200 sewaktu ditutup semalam, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit kekal lemah berbanding dolar AS dengan bergerak sekitar paras RM4.42.

“Ini menimbulkan sentimen enggan mengambil risiko terus berlaku, sekali gus menyebabkan permintaan yang lebih tinggi ke atas dolar AS.

“Paras rintangan serta-merta pada paras sekitar RM4.44.

“Susulan kebimbangan terhadap kemelesetan di AD, kami percaya ringgit tetap lemah buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata, pada bulan ini, pasaran mungkin akan menyaksikan satu lagi mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan diadakan antara 26 dan 27 Julai ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan menokok berbanding pound Britain kepada 5.2800/2842 daripada 5.3168/3186 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5220/5256 daripada 4.5511/5526.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.2682/2710 daripada 3.2530/2543 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1504/1531 daripada 3.1486/1502 semalam.

Sementara itu, Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan Rabu lebih rendah berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung yang begitu ketara membabitkan saham perladangan dan tenaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.96 mata atau 1.39 peratus untuk ditutup pada 1,420.85 daripada 1,440.81 hari sebelumnya, sekali gus menyaksikan paras terendahnya sejak 19 Mei 2020.

Indeks penanda aras itu dibuka pada 1,442.57, meningkat 1.76 mata pagi dan seterusnya berlegar antara 1,419.50 dan 1,448.09 di sepanjang hari.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan adalah negatif, menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 717 berbalas 208, manakala 388 kaunter tidak berubah, 910 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.16 bilion unit bernilai RM1.63 bilion daripada 1.99 bilion unit bernilai RM1.21 bilion pada Selasa.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, beliau menjangkakan pelabur terus mengambil sikap berhati-hati memandangkan ketidaktentuan global yang meningkat, walaupun kegiatan memburu saham murah dijangka berlaku.

“Kami berpendapat FBM KLCI akan kekal dalam mod stabil dan berlegar dalam julat 1,420-1,440 untuk baki minggu ini. Dari sudut teknikal, kami melihat sokongan serta-merta pada paras 1,400 manakala rintangan pada 1,460,” katanya kepada Bernama.

Prestasi lemah di bursa tempatan juga sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau, diheret oleh kemerosotan dalam harga komoditi yang menyebabkan penjualan besar-besaran membabitkan saham tenaga dan bahan.

“Lonjakan jangkitan Covid-19 di China juga menjejaskan sentimen pasaran kerana ia mencetuskan semula kebimbangan mengenai kemungkinan sekatan pergerakan,” kata Pak Leng.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura susut 0.07 peratus kepada 3,102.04, Nikkei 225 Jepun turun 1.20 peratus menjadi 26,107.65 dan Indeks Hang Seng Hong Kong lemah 1.22 peratus kepada 21,586.66.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa, Maybank menambah satu sen kepada RM8.62, CIMB meningkat lima sen kepada RM5.10, Petronas Gas melonjak lapan sen kepada RM16.40, Public Bank dan IHH Healthcare turun dua sen setiap satu kepada RM4.39 dan RM6.38.

Sementara itu, Petronas Chemicals turut merosot sebanyak 47 sen kepada RM8.65 dan TNB susut lapan sen kepada RM7.94.

Bagi saham aktif, Jade Marvel naik satu sen kepada 91.5 sen, Sapura Energy dan Yong Tai tidak berubah pada 4.5 sen dan 8.5 sen, Velesto susut satu sen menjadi sembilan sen, Hibiscus Petroleum lebih rendah sebanyak 7.5 sen kepada 92.5 sen dan Top Glove turun setengah sen kepada 94 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 138.96 mata kepada 10,104.55, Indeks FBM Emas Syariah lemah 217.42 mata menjadi 10,148.71, FBM 70 jatuh 134.29 mata kepada 12,173.27, FBM ACE berkurangan 20.25 mata kepada 4,626.72 dan Indeks FBMT 100 lebih rendah sebanyak 131.56 mata kepada 9,862.44.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 18.42 mata kepada 16,065.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 5.47 mata lebih rendah menjadi 175.48, dan Indeks Perladangan susut 343.59 mata kepada 6,471.79.

Jumlah dagangan Pasaran Utama mengembang kepada 1.42 bilion saham bernilai RM1.47 bilion berbanding 1.07 bilion saham bernilai RM984.74 juta pada Selasa.

Jumlah dagangan waran turut susut kepada 431.29 juta unit bernilai RM77.84 juta daripada 452.94 juta unit bernilai RM94.0 juta semalam.

Sementara itu, jumlah dagangan Pasaran ACE menguncup kepada 304.42 juta saham bernilai RM82.19 juta daripada 466.66 juta saham bernilai RM126.58 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 159.39 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (335.02 juta), pembinaan (55.58 juta), teknologi (134.94 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (57.10 juta), hartanah (140.08 juta), perladangan (69.81 juta), REITs (3.27 juta), dana tertutup (tiada), tenaga (343.86 juta), penjagaan kesihatan (65.77 juta), telekomunikasi dan media (30.90 juta), pengangkutan dan logistik (16.41 juta ) dan utiliti (8.52 juta).

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok