Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi

September 27, 2023 · Isu semasa

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS pagi ini apabila sentimen menggalakkan terus menyokong mata wang AS.

Untuk rekod, ringgit telah menyaksikan penilaian paling lemah berbanding dolar AS iaitu pada paras RM4.88 sedolar pada 31 Mac 1998.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.7050/7095 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa 4.6875/6915, menurut laporan Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran percaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat masih akan menaikkan kadar faedah.

Menurut beliau, data Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan AS adalah rendah sedikit pada 103.0 berbanding unjuran 105.5, begitu juga data Jualan Rumah Baharu untuk Ogos yang rendah daripada jangkaan pada 675,000 berbanding unjuran 700,000.

“Walaupun bacaan lebih rendah daripada jangkaan agak negatif untuk dolar AS tetapi memandangkan perbezaannya kecil, pasaran kekal menggalakkan daripada hari sebelumnya,” katanya dalam nota hari ini.

“Pergerakan naik boleh berlaku sekiranya gandingan dolar AS/ringgit berjaya menembusi melebihi 4.6970 dalam beberapa hari akan datang,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan turun berbanding euro pada 4.9694/9742 daripada penutupan Selasa iaitu 4.9673/9716, susut berbanding pound Britain pada 5.7147/7202 daripada 5.7117/7166 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1573/1605 daripada 3.1489/1518 semalam.

Berbanding mata wang Asia yang lain, ringgit juga diniagakan rendah.

Nilai ringgit menyusut berbanding baht Thai kepada 12.9038/9211 daripada 12.8884/9043 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 303.6/304.1 daripada 302.5/303.0 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut menguncup berbanding peso Filipina pada 8.25/8.27 daripada 8.23/8.24 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4353/4391 daripada 3.4275/4310 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
December 7, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
32 minit lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok