NGO rayu PM tolak projek tambak pulau

May 5, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirayu campur tangan dan menolak projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata projek penambahan pulau itu akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar, keterjaminan makanan, iklim, komuniti nelayan, dan demografi Pulau Pinang.

”Kami merayu kepada perdana menteri dan kerajaan perpaduan untuk tidak menyokong projek PSI dengan memberi dana dan jaminan bagi projek tersebut.

“Anggaran kos bagi penambakan ialah RM16 bilion dan ini boleh digunakan dengan lebih baik untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan terpinggir, menyediakan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik serta meningkatkan lalu lintas,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, di George Town, hari ini.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan EIA bagi projek PSI mendapat kelulusan bersyarat daripada JAS Putrajaya dalam surat bertarikh 11 April dan kelulusan EIA itu merupakan kelulusan berasaskan 71 syarat ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.

PSI merupakan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan kira-kira 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas namun projek itu mendapat bantahan komuniti nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar kerana didakwa akan merosakkan ekosistem laut.

Mohideen berkata kerajaan negeri kini cuba mewajarkan projek PSI dengan mendakwa Pulau Pinang memerlukan lebih banyak tanah untuk pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Namun kataya kenyataan itu tidak berasas dan bercanggah dengan realiti sebenar malah katanya lagi, Kon Yeow sendiri mengakui lebih 12,000 hektar tanah di Seberang Perai boleh digunakan untuk pembangunan.

“Selain itu, beberapa kawasan perindustrian di Pulau Pinang kurang digunakan, kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan untuk menarik pelaburan di kawasan itu bukannya mencurahkan wang bagi projek PSI ini,” katanya.

Pada sidang media sama, Mohideen berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini memberi alasan projek penambakan mega itu perlu untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) memandangkan kerajaan Persekutuan ketika itu yang dikuasai oleh Barisan Nasional tidak menyokongnya.

Namun katanya, keadaan kini telah berubah kerana kerajaan perpaduan bersedia untuk menyediakan dana yang diperlukan bagi membiayai sistem pengangkutan yang sedia ada untuk mengatasi kesesakan lalu lintas.

”Maka, kami ingin tahu mengapa kerajaan negeri begitu bertegas untuk meneruskan projek penambakan ini walaupun kesan ekologi dan sosialnya yang sangat buruk,” katanya.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
51 minit lalu· Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu· Politik
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
17 jam lalu· Isu semasa
Sanusi disiasat polis ikut Kanun Keseksaan dan Hasutan, kata Anwar
21 jam lalu· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
33 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok