NGO hak asasi kritik kerajaan isu Sosma, minta Saifuddin letak jawatan: Laporan

March 13, 2023 · Isu semasa

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerima kritikan sebuah kumpulan hak asasi manusia (NGO) kerana kegagalan melaksanakan reformasi sistem yang dijanjikan kerajaan campuran sebelum ini.

Kumpulan itu, Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) membangkitkan berhubung isu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma yang masih berkuatkuasa.

“Hukuman (oleh mahkamah) satu-satunya tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang. Penangkapan dan penahanan sebelum sabitan tidak boleh disalah guna untuk menghukum sesiapa.

“Sosma bukanlah undang-undang penahanan tanpa perbicaraan. Penahanan selepas tangkapan tanpa perbicaraan hanya bagi tujuan penyiasatan. Polis tidak boleh menggunakan penahanan, walaupun bawah Sosma, bagi tujuan ‘menghukum’ mana-mana orang,” katanya dalam satu kenyataan dipetik laporan portal FMT.

Saifuddin sebelum dalam satu kenyataan di Parlimen dilaporkan berkata 401 orang dihukum mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, pada 2022.

Saifuddin juga berkata, daripada 624 orang ditahan bawah Sosma tahun lalu, seramai 140 dibebaskan, 71 didakwa di mahkamah, dan 12 masih disiasat.

Beliau turut mengulangi gesaan agar Sosma dimansuhkan, walaupun Saifuddin menegaskan undang-undang itu diperlukan. Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menjanjikan pemansuhan Sosma dalam manifesto pilihan rayanya.

Terdapat undang-undang lain sedia ada yang boleh digunakan polis, katanya, memandangkan Sosma membenarkan polis menahan seseorang sehingga 28 hari tanpa arahan majistret. Perkara ini bercanggah dengan Perlembagaan, tambahnya.

“Sayangnya, menteri dalam negeri dan kerajaan kita sekarang gagal memahami keperluan Sosma dimansuhkan segera, walaupun dengan gesaan Badan Peguam, Suhakam, masyarakat sivil, dan rakyat yang cintakan keadilan.

“Saifuddin, setiausaha agung PKR dan PH, mungkin seorang Ahli Parlimen dan ahli politik yang bagus, tetapi bagi Madpet, beliau tidak layak untuk kekal sebagai menteri dalam negeri.

“Madpet menyeru agar menteri itu meletak jawatan atau, sebagai alternatif, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memecatnya sebagai menteri dalam negeri atau daripada Jemaah Menteri.”

Berita berkaitan
PMO pandang serius nama digunakan untuk kepentingan pihak tertentu
March 15, 2023· Isu semasa
Saifuddin tak ulas isu surat RoS tular kepada UMNO, pertahan keputusan pengecualian
March 8, 2023· Politik
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023· Politik
Surat RoS, Shahidan kemuka usul tergempar esok
March 7, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok