NGO desak calon BN lepaskan jawatan Pesuruhjaya Suhakam

July 25, 2023 · Isu semasa

Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform menggesa Hasnal Rezua Merican Habib Merican meletakkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia susulan beliau diumumkan menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN), bulan depan.

NGO itu berkata pelantikan pemimpin politik dalam jawatan penting di Suhakam bakal menimbulkan isu berkaitan kebebasan suruhanjaya itu.

Menurut kenyataan NGO itu, keberadaan Hasnal dalam institusi Suhakam membimbangkan lebih-lebih lagi parti diwakilinya adalah sebahagian daripada kerajaan hari ini.

“CSO Platform for Reform menyeru Pesuruhjaya Hasnal untuk menegakkan integriti Suhakam dengan segera meletakkan jawatan.

“Langkah ini penting untuk melindungi kebebasan dan kredibiliti suruhanjaya itu dan menunjukkan komitmen terhadap promosi dan perlindungan hak asasi manusia tanpa sebarang kemungkinan kepada percanggahan kepentingan atau ‘conflict of interest’,” kata NGO itu, lapor FMT.

Pada 21 Julai, BN mengumumkan Hasnal sebagai calon parti itu bagi DUN Kuang bagi PRN Selangor.

Pengumuman itu sebelum ini turut menerima reaksi negatif daripada bekas anggota suruhanjaya tersebut yang turut mendesak Hasnal melepaskan jawatannya.

Bekas pesuruhjaya, Jerald Joseph berkata, Hasnal mesti segera meletakkan jawatan.

Semakan dalam laman sesawang mendapati Hasnal masih lagi pesuruhjaya.

Hasnal antara pesuruhjaya Suhakam dilantik pada Julai tahun lalu bersama Noor Aziah Awal, bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, Nordin Ibrahim, Dr Chew Chee Ming, Mary @ Mariati Robert serta Nazira Abdul Rahim.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Sultan Selangor titah mahu sidang DUN Selangor berlangsung tertib
October 19, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Derita kanser hati, bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia
May 5, 2023
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
20 jam lalu · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok