NGO antirasuah bidas PMX selepas Azam Baki disambung kontrak

May 12, 2023 · Isu semasa

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antirasuah yang pro Pakatan Harapan (PH) membidas kerajaan campuran Perdana Menteri (PMX) selepas khidmat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki disambung.

Pengasas Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata keputusan menyambung khidmat Azam akan menyukarkan usaha kerajaan untuk membanteras rasuah.

“Lanjutan ini bukanlah satu langkah yang baik, malah ia menjadi halangan dalam perjuangan Anwar menentang rasuah.

“Dia perlu menjelaskan keputusannya di sini. Kita pastinya boleh melaksanakan proses yang telus dan bertanggungjawab dalam pelantikan jawatan melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Gabriel yang menganggotai Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPG) mengenai Pencegahan Rasuah dan Cukai Bertanggungjawab, berkata, dia mahu segera berjumpa dengan perdana menteri berhubung keputusan itu.

Pada Rabu lalu, kerajaan mengumumkan tempoh perkhidmatan Azam dilanjut setahun lagi.

Di bawah Akta SPRM 2009, seseorang Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat oleh Perdana Menteri.

Kontroversi melibatkan Azam tercetus selepas pendedahan pemilikan saham yang menimbulkan persoalan sama ada ia sepadan dengan pendapatannya sebagai penjawat awam dan kebimbangan berlaku konflik kepentingan.

Semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengancam untuk “mencari” Azam jika Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Namun, selepas PH menjadi kerajaan Rafizi menafikan dia mengugut bos SPRM itu.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
41 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
1 jam lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
17 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok