NGO alam sekitar bidas pembohongan Najib berhubung isu Tasik Chini

June 11, 2021 · Isu semasa

Jawapan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak kononnya gambar kerosakan teruk di Tasik Chini adalah gambar lama adalah satu pembohongan, dakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar.

NGO Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) membidas alasan diberikan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa gambar tular sebelum ini diambil dua tahun lalu walhal hasil siasatan semasa kunjungan pada 30 Mei dan 1 Jun lalu mendapati tiada usaha dijalankan untuk memulihara kawasan sekitar Tasik Chini yang rosak teruk.

“Ada pihak mendakwa kawasan ini telah dipulihara dan ditanam semula, dan gambar yang tular sebelum ini (gambar di atas) adalah gambar lama.

“Tetapi gambar terkini menunjukkan sebaliknya. Secara jelas terdapat kawasan perlombongan di bahagian selatan tasik,” katanya dipetik portal Malaysiakini.

Untuk rekod, Tasik Chini terletak dalam kawasan Parlimen Pekan yang Najib merupakan wakil rakyatnya, kerusi yang disandangnya sejak 1976.

Najib bagaimanapun akan meminta penjelesan berhubung isu Tasik Chini daripada pihak berkuasa tempatan namun mendakwa gambar yang tular dalam media sosial tersebut diambil dua tahun lalu.

“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima daripada pihak-pihak berkaitan, sejak dua tahun lepas juga beberapa langkah yang dirancang sudah pun diambil untuk menyelesaikan dan memulihkan keadaan itu.

“Saya akan maklumkan keadaan terkini selepas saya diberi taklimat penuh sehari dua ini,” kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam akaun Facebooknya.

NGO itu berkata walaupun kawasan seluas 4,900 hektar di Tasik Chini diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada 2019, ia tidak meliputi keseluruhan tasik, terutama di bahagian utara, selatan dan barat.

“Kerajaan Pahang harus serius memulihara semula kawasan rizab biosfera Unesco ini dengan menghentikan projek-projek tidak mampan yang sedia ada dan mewartakan keseluruhan kawasan sekeliling/rizab tasik sebagai kawasan perlindungan, terutamanya sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal – Hutan Taman Negeri,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Jabatan Alam Sekitar Pahang bahawa kualiti air di kawasan itu diklasifikasikan sebagai bersih, Kuasa berkata situasi itu tidak boleh dilihat menerusi kualiti air semata-mata, tetapi ekosistem tasik secara keseluruhan.

“Bagaimana mungkin ekosistem tasik ini boleh dikekalkan jika kawasan rizab sekelilingnya dimusnahkan begitu sahaja?

“Berdasarkan tinjauan kami ke Tasik Chini pada tahun 2017, orang Asli Jakun sendiri mengaku bahawa selama ini tasik itu tercemar daripada sisa baja sawit, sisa perlombongan dan ini menyebabkan tumbuhan semula jadi yang asal telah banyak musnah dan didominasi tumbuh-tumbuhan baru yang asing.

“Anak-anak mereka yang mandi tasik itu mengalami kegatalan dan jumlah ikan semakin berkurangan dan tercemar.

“Tasik ini juga mengalami risiko pencetekan secara beransur-ansur akibat pemendapan sisa galian di dasar tasik lalu boleh mempercepatkan pengeringan tasik tersebut,” katanya lagi.

Kerajaan Pahang dilaporkan telah meluluskan kerja perlombongan di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat.

Tasik Chini dan kawasan sekitarnya diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera UNESCO pada 2009.

Berita berkaitan
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
2 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
7 jam lalu· Politik
Malangnya UMNO kemaruk kuasa bersama DAP, kini menipu ahlinya pula: Hadi
May 27, 2023· Politik
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
18 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok