NGO, ahli UMNO desak Zahid arah PM mohon Agong bebaskan Najib

August 24, 2022 · Isu semasa

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut dianggotai ahli UMNO hari ini (24 Ogos) mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘mengarahkan’ Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, supaya memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan memberi pengampunan serta-merta kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia yang menghantar memorandum kepada Istana Negara hari ini, juga mendesak Zahid menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, jika arahan itu gagal dituruti.

“Kami mohon presiden Umno, kami tak ingin subahat tapi selaku ahli Umno, kami mohon keluar dan tarik sokongan supaya ada pembubaran Parlimen jika tiada tindakan dibuat. Kami percayakan perdana menteri, tapi kalau perkara ini tidak berlaku kami anggap kerajaan ini zalim,” kata Presiden NGO itu, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz.

“Kalau kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tak apa. Ini ialah kerajaan BN, kamu aniaya orang banyak berjasa. Jika hari ini Zahid tak berkeras, perdana menteri tak buat sesuatu, saya akan isytihar keluar parti.

“Baik saya kerjasama dengan DAP, pemimpin mereka (pembangkang) meringkuk dalam penjara, mereka bekerjasama,” katanya lagi di luar pagar Istana Negara.

Syed Mohammad juga meluahkan rasa kecewa apabila tiada pemimpin UMNO turun menyertai penyerahan memorandum kepada Istana Negara hari ini, walaupun parti itu mempunyai 191 bahagian seluruh negara.

“Kami telah mengemukakan ‘referendum’ kepada Istana Negara dengan dua perkara yang kita tuntut.

“Kami mahu Pengampunan Diraja diberikan kepada Najib dan kami mahu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki menghadap Yang di-Pertuan Agong dan membentangkan bukti bahawa terdapat konflik kepentingan berhubung Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali,” katanya kepada media.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan Mohd Nazlan menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mohd Nazlan adalah hakim yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada kaitan antara jawatan Mohd Nazlan sebelum ini sebagai Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank yang boleh menyebabkan berat sebelah terhadap pemohon (Najib).

Berita berkaitan
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
3 jam lalu· Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
4 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
5 jam lalu· Politik
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
6 jam lalu· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
2 jam lalu · Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
3 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
4 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
2 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok