Negeri Sembilan, Kedah catat lonjakan kes baharu

Sebanyak 10,972 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kepada 927,533 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 4,404, manakala kes di Kuala Lumpur turun dua hari berturut-turut menjadi 609 kes berbanding 945 kes semalam.

Lapan negeri merekodkan peningkatan dengan Negeri Sembilan kembali mencatat lonjakan semula kes kepada 1,340, sementara Johor (876 kes), Kedah (705), Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Sarawak (301) dan Terengganu (144).

BERITA BERKAIT
POPULAR