Negara masih mempunyai wang tampung subsidi bahan api: Zafrul

June 10, 2022 · Isu semasa

Kedudukan kewangan negara masih berkemampuan untuk terus menyokong rakyat terutamanya dalam pemberian subsidi bahan api.

Walaupun kewangan negara masih mencukupi digunakan untuk tujuan subsidi tersebut, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan satu mekanisme jangka masa panjang perlu dicari bagi mencari pendekatan yang lebih cekap dalam membantu golongan sasar.

Jelasnya lagi, Malaysia dijangka perlu menampung jumlah subsidi lebih tinggi bagi 2022 yang mencecah RM70 bilion dengan subsidi bahan api sahaja berjumlah RM30 bilion berikutan kenaikan harga minyak mentah.

Pada bulan lalu saja, subsidi yang diberikan kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion.

“Unjuran yang dibuat kerajaan bagi subsidi bahan api ini adalah berdasarkan harga semasa minyak mentah global.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan harga minyak ini dan pada masa yang sama kita

perlu melihat kepada pelan jangka masa panjang dengan salah satu cara adalah untuk laksanakan subsidi bahan api dengan lebih bersasar.

“Tetapi pada ketika ini, kerajaan masih mempunyai sumber kewangan dan akan terus menyokong rakyat dari segi memastikan mata pencarian terutamanya bagi golongan yang terdedah dilindungi.

“Sasaran inflasi kami masih dalam apa yang kami katakan sebelum ini antara 2.3 peratus sehingga 3.3 peratus,” katanya dipetik laporan.

Zafrul terdahulu melancarkan Rangka Kerja dan Sasaran Kemampanan Khazanah: Melabur dalam Peralihan yang Mampan 2022 hari ini.

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, golongan kaya atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, subsidi yang disalurkan kerajaan bersifat menyeluruh dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Katanya, ketika ini, setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi ke golongan T20 manakala hanya 15 sen dimanfaatkan oleh golongan B40.

“Peruntukan yang besar ini lebih baik diberikan kepada golongan yang betul-betul memerlukan,” katanya.

Ketika ditanya adakah lonjakan harga minyak global ini akan memberi impak kepada pendapatan kerajaan dan perlu meminta dividen yang lebih tinggi daripada Petronas, Zafrul berkata, perkara itu masih belum dibincangkan.

Beliau berkata, ini kerana secara dasarnya, lonjakan harga minyak ini turut membantu meningkatkan hasil negara kerana Malaysia adalah negara yang bergantung kepada komoditi.

“Hasil kerajaan turut meningkat walaupun tidak sebanyak subsidi. Kita akan terus memantau kerana fenomena ini bukan saja berlaku di Malaysia tetapi peringkat global.

“Mengenai dividen yang lebih tinggi dari PETRONAS, ia masih belum dibincangkan kerana syarikat berkaitan kerajaan seperti PETRONAS juga sudah mengumumkan kedudukan kewangan yang lebih kukuh,” katanya.

Berita berkaitan
Adakah adil menyalahkan kerajaan untuk sesuatu di luar kawalan mereka?
9 jam lalu· Rencana
Inflasi di Malaysia salah siapa?
9 jam lalu· Rencana
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022· Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
6 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok