Negara kekurangan ahli psikiatri, keluarga perlu main peranan

October 10, 2021 · Isu semasa

Malaysia kini mempunyai kira-kira 500 ahli psikiatri dengan nisbah seorang ahli psikiatri untuk lebih kurang 100,000 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah itu jauh rendah dengan nisbah yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu seorang ahli psikiatri untuk 10,000 orang, oleh itu bagi mengimbangi perbezaan tersebut dengan berkesan, profesional penjagaan kesihatan lain perlu meningkatkan kemahiran bagi menilai dan mengurus masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

“Malaysia kini mempunyai lebih dari 57,000 doktor, dengan doktor am terdiri daripada 6,700 yang berkhidmat di bandar dan di luar bandar. Kaedah paling berkesan adalah untuk memperkasakan doktor ini dan doktor keluarga.

“Ini tetap menjadi tumpuan dalam kebanyakan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar, melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang mencukupi dan rawatan terkini dalam psikiatri akan menjadikan mereka dalam keadaan baik mendiagnosis penyakit mental dalam masyarakat untuk pengesanan awal,” katanya lapor Bernama.

Dr Noor Hisham berkata demikian dalam ucap tama pada ‘Training Day in Psychiatry’ Hari Kesihatan Kesihatan Mental Sedunia 2021 anjuran Akademi Perubatan Malaysia serta Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia, yang diadakan secara maya hari ini.

Beliau berkata gangguan mental adalah antara keadaan kesihatan yang paling biasa di seluruh dunia dan oleh itu perlu dianggap sebagai keutamaan kesihatan global.

Merujuk kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, Dr Noor Hisham berkata Malaysia melaporkan berlakunya masalah kesihatan mental sebanyak 29.2 peratus dalam kalangan orang dewasa berusia 16 tahun ke atas, dengan peningkatan trend dalam kalangan orang dewasa dari 10.7 peratus pada 1996 kepada 29.2 peratus pada 2015.

Beliau berkata prevalen kemurungan terkini adalah 2.3 peratus, merangkumi kira-kira setengah juta orang, dan wanita bujang dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah berisiko lebih tinggi.

Mengakui dan memuji pengorbanan yang dilakukan oleh barisan depan sejak bermulanya pandemik Covid-19, beliau berkata terdapat keperluan berinovasi dalam menangani dan merawat pesakit bukan Covid-19 dalam tempoh pandemik.

“Pelaksanaan perkhidmatan baharu seperti perkhidmatan ‘Advanced Acute Internal Medicine’ (AAIM) di hospital termasuk Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, telah menunjukkan faedah ketara dalam mengurangkan kemasukan perubatan bukan Covid yang membantu mengurangkan kesesakan wad perubatan.

“Di samping itu, penurunan ketara purata tempoh tinggal pesakit bukan Covid (ALOS) mengakibatkan penurunan kadar jangkitan nosokomial (berkaitan dengan penjagaan kesihatan) dalam kalangan pesakit yang dirawat di hospital dan membolehkan penggunaan semula tenaga dan sumber yang cekap untuk memerangi Covid,” katanya.

Program latihan secara maya yang bertemakan ‘Kesihatan Mental Dalam Dunia Berbeza’ itu memaparkan pelbagai topik penting daripada kemurungan hingga penyakit mental pada kanak-kanak, mengumpulkan lebih 600 doktor dari pelbagai bahagian rangkaian rawatan kesihatan.

Berita berkaitan
WHO pantau subvarian baharu Covid-19 lebih menjangkiti
April 13, 2023· Dunia
Tak selesai masalah, Dr Noor Hisham ulas isu mogok doktor kontrak
March 29, 2023· Isu semasa
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023· Dunia
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok