Negara hampiri 80 peratus dewasa lengkap vaksin, kata Dr Adham

September 19, 2021 · Isu semasa

Kira-kira 1.8 peratus sahaja lagi diperlukan bagi mencapai sasaran 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 78.2 peratus daripada populasi dewasanya lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

“Tumpuan ketika ini kepada negeri-negeri bagi mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi menjelang akhir September.

“Kadar liputan vaksinasi pada bulan ini juga lebih tinggi di beberapa negeri setelah usaha pemvaksinan ditumpukan kepada negeri-negeri yang sebelum ini masih mencatat kadar lebih rendah seperti Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Sabah,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Dr Adham melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru, Arena Larkin hari ini.

Turut mengiringi beliau Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Dr Adham menjelaskan liputan vaksinasi di kebanyakan negeri ketika ini berada di landasan yang baik terutamanya di Sarawak, Labuan dan di Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna usaha vaksinasi diperlahankan sebaliknya lebih tertumpu kepada negeri dan kawasan tertentu termasuk menyasarkan kumpulan yang tercicir.

“Kadar vaksinasi (harian) negara yang dicatatkan sehingga semalam adalah sebanyak 232,559 dos dengan jumlah terbesar diberi di Sabah, Johor dan Lembah Klang,” katanya.

Mengenai vaksinasi melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Dr Adham berkata mengikut data Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), seramai 517,447 atau 89.9 peratus daripada 575,564 OKU telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 401,425 OKU telah lengkap vaksinasi penuh meliputi 69.74 peratus daripada jumlah OKU yang mendaftar untuk vaksinasi, katanya.

Katanya, PPV juga akan mula dibuka untuk orang ramai secara walk-in pandu lalu mulai esok sehingga 30 Sept.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kes terowong Guan Eng: Pembelaan dakwa tiga saksi ‘tak cakap benar’
January 17, 2023
PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi
June 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok