Neelofa, suami didakwa, mengaku tak bersalah langgar SOP PKP

Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail pagi ini didakwa di Mahkamah Majistret Seremban dan membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengakuan kedua-dua pasangan selebriti itu dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi, lapor Bernama.

Pasangan akan didakwa mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (kawalan pergerakan bersyarat) (no.4) (pindaan) (no.12) 2021.

Selasa baru-baru ini, Neelofa dan keluarganya hadir memberi keterangan di IPD Brickfields selepas didakwa melanggar SOP PKP dengan menyambut hari raya pertama Aidilfiti bersama-sama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini dan videonya tular di media sosial.

Ini bukan kali pertama Neelofa dengan sengaja melakukan kesalahan melanggar SOP, malah beliau dan pasangan juga pada 2 Mei lalu dikecam selepas memuat naik gambar yang menunjukkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet di Nilai 3 dekat Seremban, Negeri Sembilan.

Perkara itu mencetuskan dakwaan pasangan itu membuat perjalanan rentas negeri yang dilarang sepanjang pelaksaan PKPB.

Mereka berdua juga dikritik sebelum ini kerana berbulan madu di Pulau Langkawi pada Mac lalu dan berbohong kononnya sedang dalam lawatan urusan kerja.

POPULAR