Neelofa, suami dan ahli keluarga disaman RM60 ribu langgar SOP

April 27, 2021 · Isu semasa

Kompaun sebanyak RM60 ribu dikenakan terhadap selebriti Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami dan juga ahli keluarga pasangan tersebut susulan pelanggaran standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19 baru-baru ini.

Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail yang mendirikan rumah tangga hujung Mac lalu terpalit dengan kontroversi susulan majlis yang diadakan tidak mematuhi SOP dan mereka berdua kemudiaannya bercuti ke pulau peranginan, Langkawi bagi tujuan berbulan madu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa dikompaun RM20 ribu kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 Mac.

Neelofa juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan.

Suami Neelofa pula dikompaun RM10 ribu atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Mohamad Zainal berkata kompaun tersebut dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.00.

“Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok