Neelofa mahu selesai isu ke Langkawi dengan pihak berkuasa

April 5, 2021 · Isu semasa

Ekoran kontroversi lawatan ke Langkawi, selebriti terkenal Neelofa mahu menyelesaikan pertikaian yang menjadi bualan orang ramai itu dengan pihak berkuasa yang sedang menyiasatnya.

Pengacara dan pelakon popular itu berkata akan menyelesaikan kemelut tersebut secara profesional dengan pihak berkuasa dan enggan mengulas panjang kerana bimbang ia akan menimbulkan lebih banyak masalah.

“Saya minta ruang untuk menyelesaikan isu ini secara profesional dan privasi tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Saya tak mahu ulas panjang. Tak mahu memudaratkan keadaan.

“Saya juga tak perlu memberi sebarang justifikasi atas setiap tindak tanduk dan menyelesaikan isu ini dengan pihak berkuasa sahaja secara profesional,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata berdasarkan gambar-gambar pasangan artis terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang dimuatnaik dalam media sosial tidak menunjukkan mereka berdua itu sedang menjalankan kerja di Langkawi.

Abdul Hamid memberitahu siasatan akan dijalankan terhadap mereka berdua dan berdasarkan bukti gambar pasangan tersebut yang sedang santai-santai dilihat jelas ia melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Neelofa dan suami sebelum ini mendapat kebenaran dari Polis Daerah Brickfields untuk ke Langkawi atas urusan kerja.

Pasangan tersebut mendirikan rumahtangga pada 27 Mac lalu, malah majlis kenduri kahwin yang diadakan juga sedang disiasat kerana majlis tersebut gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Pengguna media sosial kecam Fahmi kritik Dr Mahathir sebagai ‘Maha Tua’
July 31, 2023· Politik
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok