Nasihat Taufan Nesat, paras sungai di Pahang tahap bahaya

October 18, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,294 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu berada kira-kira 343 km ke Timur Tenggara Hainan, China.

Berdasarkan pemerhatian sehingga jam 11 pagi ini, taufan itu bergerak ke barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

China juga masih mengekalkan isyarat amaran siklon tropika kategori 3 dengan taufan itu beransur-ansur bergerak ke arah barat daya merentasi bahagian utara Laut China Selatan.

Di bawah pengaruh bersama Nesat dan Monsun Timur Laut, kelajuan angin boleh mencapai tahap 6. Nesat diramal terus bergerak ke arah barat daya dan mengekalkan jarak kira-kira 400 kilometer ke selatan Macau.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, Pahang telah melebihi tahap bahaya.

Paras sungai itu kini mencecah 28.17 meter (m) melebihi tahap normal 28m.

Menurut laman sesawang JPS, paras air di enam sungai di Sarawak, Kedah dan Melaka pula telah melebihi tahap waspada dan amaran.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
PRU-15 : Dijangka ribut petir seluruh negara pada petang hari pengundian
November 17, 2022· Isu semasa
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok