Nasihat AS jangan lawat Malaysia tak beri kesan

April 23, 2021 · Isu semasa

Nasihat perjalanan yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak memberi kesan besar dan adalah perkara biasa, yang turut dikeluarkan kepada negara lain.

Ini kerana kerajaan telah melaksanakan kawalan ketat terhadap keluar masuk di pintu sempadan, kata Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata

“Nasihat itu tidak membawa kesan besar kepada Malaysia kerana sekarang ini kita mengamalkan kawalan ketat terhadap keluar masuk dari luar negara, terutama yang mempunyai kes tinggi.

“Jadi kita tidak perlu risau sangat sama ada rakyat Amerika akan datang ke negara kita atau tidak,” katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Jumaat.

Dr Zainal berkata, CDC adalah rujukan atau penanda aras yang memberikan nasihat perjalanan.

“Jadi, kerajaan perlu lihat apa status negara jiran seperti Thailand dan Singapura dan lihat apa yang boleh dilakukan lagi untuk mengurangkan kes negara ini. Dengan cara itu, status ‘paras empat’ itu boleh dikurangkan ke paras ketiga dan ke bawah,” katanya.

Pada Khamis, AS menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Malaysia setelah menilai situasi pandemik Covid-19 di negara ini yang dicatatkan berada pada ‘paras empat’ yang menandakan kadar penularannya di peringkat tertinggi.

Kesempatan amaran CDC itu diambil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyindir kerajaan Perikatan Nasional. Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

“Tahap 4 ini adalah tahap paling tertinggi diberi CDC Amerika Syarikat. Inilah hasilnya selepas lebih 100 hari darurat dibuat untuk melawan Covid,” kata Najib.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok