Nasib mahasiswa ‘ikat perut’ perlu dibela

October 7, 2022 · Isu semasa

Belanjawan 2023 adalah kunci kepada pemulihan ekonomi berikutan ketika ini rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat amat terkesan dengan kos sara hidup tinggi berpunca daripada kenaikan harga barangan khususnya barangan makanan.

Antara lapisan masyarakat yang terkesan adalah mahasiswa dan pelajar sekolah khususnya daripada kalangan B40 dan M40.

Tidak ketinggalan, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) antara golongan yang mengeluh kerana kebanyakan mereka bergantung sepenuhnya terhadap pinjaman pengajian.

Rata-rata penuntut di IPT akan menggunakan sekurang-kurangnya 60 hingga 70 peratus jumlah pinjaman pengajian untuk membeli buku latihan, nota kuliah dan barangan keperluan mengikut kursus.

Sudahlah pelajar IPT dibebankan dengan masalah kewangan yang sedia ada, ditambah pula dengan kenaikan harga barang yang kini ditentukan oleh pasaran semasa.

Kekangan kewangan yang dihadapi oleh golongan tersebut telah memaksa mereka untuk mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap ber­puasa, bergantung kepada roti dan mi segera.

Ini tidak termasuk lagi dengan komitmen mereka untuk menjelaskan yuran pengajian, asrama, bayaran sewa rumah atau bilik secara bulanan serta penggunaan minyak petrol untuk ken­deraan berulang ke pusat pengajian.

Profesor Mayda di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, universiti kini sudah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, namun bagaimana pula persiapan mahasiswa dalam menghadapi situasi sukar ini?

Katanya, sebagaimana yang kita sedia maklum, sebahagian besar mahasiswa bergantung sepenuhnya kepada pinjaman pengajian. Dalam masa sama, mereka juga mempunyai adik-beradik yang masih bersekolah khususnya pelajar daripada keluarga B40 dan M40.

“Dalam situasi ini, ada potensi di mana pelajar terutama B40 dan M40 ‘ikat perut’ dan mencatu makanan kerana perbelanjaan makanan serta kos lain yang tinggi.

“Selain itu, keadaan itu juga disebabkan sebahagian daripada mereka ingin membantu adik-beradik yang masih bersekolah.

“Ia juga termasuk kemungkinan sebahagian pelajar yang bergantung kepada makanan seperti nasi berlauk telur goreng dan kicap, roti serta mi segera.

“Ada juga mahasiswa yang berpotensi tidak dapat meneruskan pengajian sekiranya mereka berdepan masalah kewangan yang rumit

Dalam keadaan ini, Dr Anuar Shah berkata, universiti sentiasa membantu pelajar dari semasa ke semasa untuk meringankan beban mahasiswa melalui pelbagai bantuan kewangan untuk pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan.

Namun dalam konteks menyeluruh salah satu penekanan yang perlu diberikan untuk meringankan beban pelajar adalah membabitkan kos harian makanan mahasiswa.

“Justeru, kerajaan boleh pertimbangkan melalui Belanjawan 2023 insentif pembelian makanan harian khas dalam bentuk e-dompet yang dikreditkan secara bulanan kepada semua pelajar B40 dan M40 sepanjang tempoh pengajian dan dicadangkan ia hanya digunakan untuk membeli makanan dalam kampus.

“Pihak kampus juga boleh bersedia untuk pelaksanaan pembayaran pembelian makanan pelajar secara e-dompet,” katanya.

Dr Anuar Shah berkata, ada juga keperluan agensi kerajaan yang terbabit memberikan bantuan kewangan kepada mahasiswa dan bakal mahasiswa.

Walaupun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memper­kenalkan Menu Keluarga Malaysia serendah RM3.50 melibatkan restoran-restoran koperasi dan kafeteria di IPT serta premis penjualan makanan, namun bantuan kepada golongan tersebut perlu kekal disalurkan menerusi Bajet 2023 ini.

Ia bertujuan menjaga kebajikan golongan mahasiswa agar mereka tidak terus terbeban ke­rana situasi tersebut boleh mengganggu proses pembelajaran dan kualiti akademik disebabkan tertekan.

Berita berkaitan
Muhyiddin bidas satu lagi pembohongan dibuat PMX dalam isu belanja publisiti
November 9, 2023· Politik
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Selepas dikritik naik helikopter, PMX kata tak ambil gaji sebab tahu ramai susah
August 10, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok