Nasib banduan dijatuhi hukuman mati mungkin berubah: Wan Junaidi

June 13, 2022 · Isu semasa

Hukuman mati yang telah dijatuhkan kepada banduan akan terus dikekalkan sehingga diberitahu kelak, walaupun kerajaan baru-baru ini mengambil pendirian memansuhkan hukuman mati mandatori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bagaimanapun, nasib banduan terbabit mungkin berubah susulan cadangan penubuhan tribunal bagi menyemak semula hukuman ke atas mereka.

Beliau mendedahkan ketika ini terdapat 1,342 banduan hukuman mati di negara ini sejak perbincangan bermula untuk memansuhkan hukuman mati mandatori ini pada 2012.

“Selain membincangkan bentuk hukuman alternatif, kami memutuskan hukuman mati terhadap 1,342 individu terbabit dikekalkan sementara pemansuhan hukuman itu dibincangkan.

“Ini akan kekal seperti sedia ada sehingga pindaan kepada undang-undang atau kita memansuhkan semua hukuman mati mandatori,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Memetik laporan media hari ini, Wan Junaidi berkata cadangan untuk menubuhkan tribunal bagi membincangkan 1,342 banduan hukuman mati itu dibuat Jabatan Peguam Negara.

Tambahnya, anggota tribunal ini akan terdiri daripada hakim-hakim daripada dua mahkamah tertinggi memandangkan isu itu melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori melibatkan 11 kesalahan di mana sembilan daripadanya adalah di bawah Kanun Keseksaan dan dua di bawah Akta Senjata Berbahaya 1971,” tambahnya.

Menteri itu juga berkata terdapat 22 pindaan kepada undang-undang sedia ada.

Antara yang akan dikenakan hukuman alternatif ialah Seksyen 574 Kanun Keseksaan, Seksyen 206 Akta Senjata 1960, Akta Angkatan Tentera 1972, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010, dan Akta Penculikan 1961.

“Saya juga ingin menambah bahawa hukuman mati mandatori bagi pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak lagi membawa hukuman mati mandatori.

“Ia akan digantikan dengan hukuman alternatif mengikut budi bicara mahkamah. Ini supaya mereka boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada 15 sebatan,” kata Wan Junaidi.

Beliau mengulangi pendirian kerajaan telah yang bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, dan menyerahkan hukuman alternatif kepada budi bicara hakim.

Selain itu, Wan Junaidi berkata kerajaan akan mengadakan satu pungutan suara dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.

Beliau berkata langkah itu akan diambil sebelum usul pindaan berkait pemansuhan hukuman berkenaan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.

“Kita akan membuat tinjauan awam sebelum pindaan itu dibentangkan di Parlimen. Kita akan menerima maklum balas sebagaimana kita lakukan berhubung undang-undang antilompat parti yang mendapat maklum balas sekitar 7,600 responden.

“Kalau berlaku tentangan (bilangan yang menolak lebih tinggi), kita akan membawa kembali pindaan kepada Jemaah Menteri untuk dibuat keputusan selanjutnya,” katanya.

Berita berkaitan
Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar
June 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah tangguh keputusan kes rogol amah ADUN Tronoh
June 28, 2022· Isu semasa
Keputusan kes rasuah Bung Mokhtar dan isteri diketahui 2 September ini
June 24, 2022· Isu semasa
Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
35 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
1 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok