Nasi goreng RM6: Pelanggan, pekerja restoran nasi kandar bertumbuk

May 6, 2022 · Isu semasa

Kerana tidak puas hati harga sepinggan nasi goreng kosong dengan telur berharga RM6 yang dikenakan sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Negeri Sembilan, seorang pelanggan dan pekerja restoran itu bergaduh.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 2.30 pagi semalam, dengan rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

Media melaporkan, Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Ho Chang Hook berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa telah ditumbuk individu lain ketika berada di kaunter bayaran.

Katanya pergaduhan itu berpunca apabila seorang wanita yang memesan nasi goreng kosong dan telur mengadu harga makanan tersebut mahal.

“Juruwang restoran berkenaan didakwa meninggikan suara kepada wanita yang mempertikaikan harga nasi goreng tersebut.

“Situasi itu menyebabkan anak wanita itu yang juga pengadu berang dan mengambil kotak tisu lalu membaling ke arah juruwang tersebut tetapi kotak tisu itu terkena barang-barang di atas kaunter juruwang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya seorang pekerja yang melihat perbuatan pengadu terus menumbuk pengadu sebelum beberapa pekerja lain dan pelanggan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Chang Hook berkata, polis membuka kertas siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan.

Dalam itu, kata beliau, pihaknya turut menafikan dakwaan bahawa pihak polis campur tangan dan terlibat dalam menyelesaikan kes pergaduhan tersebut.

“Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

Berita berkaitan
Moratorium hingga enam bulan ditawar Bank Islam kepada mangsa banjir
March 8, 2023· Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023· Isu semasa
Pekerja gagal daftar MySejahtera, restoran Hameediyah P Pinang dikompaun RM10,000
October 15, 2021· Isu semasa
Tiga pekerja Giant positif Covid-19, pelanggan diminta hubungi KKM
May 29, 2021· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok