Nama negara harum, PM dianugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Filipina

March 2, 2023 · Isu semasa

Universiti Filipina (UP) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganugerahan itu satu penghormatan kepada Anwar yang dalam lawatan sulungnya ke Filipina dan ia satu perkara yang mengharumkan nama negara di persada dunia.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di Dewan Villamor universiti berkenaan hari ini.

Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.

Ijazah kehormat berkenaan disampaikan Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina, J Prospero E De Vera III serta Presiden dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UP Angelo A Jimenez.

“Perdana Menteri Malaysia menyanjungi kehidupan, karya dan pengajaran Jose Rizal.

“Minat Anwar terhadap Rizaliana semakin mendalam setelah kerap mengunjungi UP semasa muda di bawah bimbingan mendiang Prof Emeritus Sejarah Universiti dan Dekan Kolej Seni dan Sains UP Diliman Cesar Adib Majul,” menurut Naib Canselor Hal Ehwal Awam UP Jose Wendell Capili.

Semakan di laman Times Higher Education mendapati Universiti Filipina itu berada pada kedudukan 139 universiti Asia pada 2022.

Ranking Times Higher Education: https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/university-philippines

Berita berkaitan
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
14 jam lalu· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
14 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
21 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
21 jam lalu· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
9 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok