Nak rentas negeri punya pasal, warga emas menyamar bekas ‘ACP’

May 9, 2021 · Isu semasa

Terdesak mahu merentas negeri, seorang lelaki warga emas sanggup menyamar sebagai bekas pegawai kanan polis berpangkat ACP bergelar ‘Datuk’ semata-mata mahu melepasi sekatan jalan raya.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ itu ditahan ketika mahu membuat permohonan rentas negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 65 tahun itu hadir ke balai polis pada Jumaat untuk mendapatkan kelulusan rentas negeri.

Bagi mengukuhkan dakwaannya lelaki itu menunjukkan gambar dirinya berpakaian uniform lengkap polis pada skrin telefon bimbit tanpa memberi sebarang bukti identiti pegawai kanan polis ketika membuat permohonan.

“Apabila diminta mengemukakan dokumen yang membuktikan dia pegawai kanan polis, lelaki terbabit gagal berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu lelaki berkenaan ditahan pada pukul 9.00 malam tadi kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti atau kad kuasa serta menyamar, dan dia direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Kerajaan menguatkuasakan larangan rentas negeri dan daerah di seluruh negara, kecuali dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM), mulai Isnin ini hingga 6 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga tidak membenarkan semua aktiviti rasmi, sosial dan bersemuka sama ada membabitkan kerajaan atau swasta.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok