Najib yang dijemput ke program ‘scam’ iri hati Muhyiddin dijemput ke Ekspo Dubai

January 17, 2022 · Isu semasa

Nampaknya Datuk Seri Najib Razak terlalu cemburu dan iri hati selepas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijemput menghadiri ke Expo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Najib, bekas Perdana Menteri (PM) yang sedang berdepan pertuduhan jenayah dan rasuah pula baru-baru ini hanya dijemput ke satu program ‘scam’ Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF), ia selepas pengasasnya yang juga seorang taikun hartanah, Tan Sri Lee Kim Yew mendakwa program tersebut bukan dibawah anjurannya.

Berbeza dengan Muhyiddin yang tidak berdepan sebarang pertuduhan di mahkamah, Najib tidak dapat ke luar negara memandangkan pasportnya masih ditahan susulan hukuman yang sudah dijatuhkan terhadapnya.

Wawancara Muhyiddin bersama media antarabangsa ketika lawatan di Abu Dhabi nampaknya tidak disenangi Najib, mungkin kerana tidak ada media luar negara melayan banduan yang masih bebas kerana menanti keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Dalam wawancara dengan The National di UAE, Muhyiddin berkata tempoh mengemudi negara bagi menentang peningkatan penularan kes Covid-19 sebagai ‘lebih teruk daripada peperangan’.

Menurutnya, langkah pentadbirannya memohon proklamasi darurat daripada Yang di-Pertuan Agong adalah antara faktor penting yang membantu kerajaan ketika itu mengurus dan mengawal pandemik itu.

Sepanjang pandemik itu, beliau bersama anggota pentadbiran lain terpaksa melaksanakan langkah segera yang tuntas bagi mengimbangi matlamat melindungi nyawa dengan ekonomi, dalam keadaan amat tidak menentu.

“Pengisytiharan darurat dan diberikan lebih banyak kuasa adalah penting untuk menguruskan pandemik. Undang-undang khas ini sudah tersedia sejak dahulu, namun ia amat jarang diperlukan. Ini adalah kali pertama ia digunakan untuk tujuan ini.

“Ada pihak mengatakan undang-undang darurat ini seolah-olah kita berada dalam peperangan, namun saya nak tegaskan ini sebenarnya lebih teruk daripada perang,” katanya.

Namun, Najib yang beberapa kali perbicaraan ditangguhkan semasa tempoh Darurat tersebut nampaknya tidak berpuas hati dengan kenyataan Muhyiddin tersebut walaupun dirinya sendiri terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

“Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang gantungkan Parlimen dengan alasan melawan Covid.

“Cuba sebut satu negara yang berbuat demikian. Negara kita dalam darurat dan Parlimen digantung hampir sepanjang tempoh dia (Muhyiddin) PM (Perdana Menteri) pada tahun 2021 lepas iaitu dari 1 Jan sehingga dia henti pada 20 Ogos 2021,” katanya.

Bagaimanapun, Najib terlupa beberapa kali pula perbicaraan terpaksa ditangguhkan atas alasan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 ketika tempoh darurat tersebut.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok