Najib tidak cuba lindungi kepentingan SRC, berniat lakukan jenayah: Pendakwa

August 18, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak tidak pernah cuba untuk melindungi dan memelihara kepentingan SRC International Sdn Bhd, sebaliknya hanya berniat melakukan jenayah untuk meraih keuntungan kewangan.

Dalam hujahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram di Mahkamah Persekutuan hari ini, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan bekas Perdana Menteri itu bertindak untuk menjaga kepentingan syarikat tersebut.

Sithambaram juga berkata Najib berniat untuk mencapai keinginan peribadinya yang menyebabkan keuntungan salah kepada dirinya dan kerugian salah kepada syarikat.

“Najib ketika itu adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat Emeritus SRC… ia adalah jelas dan nyata bahawa beliau menggunakan semua peranan itu untuk meraih keuntungan kewangan melalui pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC.

“Ia adalah mens rea (niat jahat) perayu dalam melaksanakan hasrat jenayahnya dalam pelbagai kapasiti yang membolehkannya melakukan tujuh kesalahan yang dipertuduhkan ke atasnya. Apa rancangannya terhadap berbilion wang yang dibekukan di bank Switzerland tiada siapa yang tahu.

“Niat tunggal perayu adalah untuk melakukan jenayah dalam pelbagai peranan yang dimainkan olehnya dalam pentadbiran negara dan dalam SRC,” katanya dipetik laporan BH.

Sithambaram berkata demikian ketika berhujah dalam rayuan akhir Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman 12 tahun serta denda RM210 juta bagi tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan

Najib ketika ini sedang merayu sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.

Pihak pendakwaan diminta memulakan hujahan lisan selepas peguam bela utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah beliau tidak dapat berbuat demikian bagi pihak perayu.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib dalam perbicaraan rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu.

“Kami berpendapat peguam itu tidak menunjukkan sebab untuk melepaskan diri… kami menolak permintaannya untuk melepaskan diri. Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Hisyam kemudian berkata, pihak pembelaan akan bergantung kepada hujahan bertulis yang disediakan untuk digunakan di Mahkamah Rayuan oleh peguam Najib sebelum ini.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok