Najib tiba di Penjara Kajang

August 23, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak yang gagal dalam rayuan terakhir kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta, hari ini dihantar ke Penjara Kajang terlebih dahulu, bukan ke Penjara Sungai Buloh.

Media melaporkan kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu tiba di Penjara Kajang jam 6.05 petang tadi.

Beliau dibawa dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi pihak polis.

Terdahulu, media dilaporkan memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh, bagi menantikan konvoi yang membawa Najib dari Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Difahamkan, Najib akan ditempatkan di Penjara Kajang buat sementara waktu sebelum dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitan hukuman penjara dan denda setelah didapati Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang tepat.

Panel lima hakim kanan yang bersidang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan akhir yang difailkan Najib, setelah Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 menolak rayuannya.

Empat lagi hakim yang turut bersidang ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.

Tengku Maimun ketika membacakan penghakimannya berkata tiada isu baharu yang diketengahkan dalam rayuan dikemukakan Najib dalam kesnya kerana ia melibatkan penemuan fakta dan penyelesaian perundangan terdahulu.

Menurut Tengku Maimun pasukan pembelaan Najib sudah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi pihak bekas perdana menteri itu, tetapi enggan berbuat demikian.

Katanya pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali betul semasa membuat keputusan prima facie ke atas Najib dan mengarahkannya membela diri bagi tujuh pertuduhan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan dana bernilai bernilai RM42 juta.

Oleh itu rayuan ini ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan, katanya.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
September 26, 2023· Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
10 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok