Najib tiba di mahkamah hari ini hadapi kes pinda laporan audit 1MDB

August 26, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dari Penjara Kajang pagi ini bagi menghadapi perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini adalah hari kedua bekas Perdana Menteri itu hadir di khalayak, setelah dibawa ke Penjara Kajang pada petang Selasa, 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhi Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 lalu.

Kehadiran bekas Presiden UMNO itu hari ini juga dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam diiringi van Jabatan Penjara Malaysia, kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Tiada penyokongnya yang berkumpul di pekarangan kompleks mahkamah ketika itu.

Bagi kes itu, mahkamah menetapkan 26 Ogos dan beberapa tarikh lain pada 2 September serta 21, 25 dan 28 Oktober untuk meneruskan perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan laporan akhir audit 1MDB dipinda sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Mac 2016.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, Penguasa Kanan Cawangan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika memberi keterangan di mahkamah berkata Najib menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu dengan mengarahkan supaya laporan berkenaan dipinda sebelum dibentangkan kepada PAC pada 24 Februari 2016.

“Najib telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ketika itu iaitu Tan Sri Shukry Mohd Salleh untuk mendapatkan laporan pengauditan 1MDB dan menyerahkan salinan laporan tersebut kepada Arul Kanda untuk disemak.

“Najib kemudian mengarahkan supaya satu pertemuan dibuat di pejabatnya di Putrajaya pada 22 Februari 2016 yang turut dihadiri bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Setiausaha Negara Allahyarham Tan Sri Ali Hamsa,” kata saksi pendakwaan itu.

Menurutnya pindaan telah dibuat terhadap dua versi penyata kewangan 1MDB yang berbeza bagi tahun 2014 dan perjanjian Country Groups Securities Thailand dengan ACME Time Limited, disusuli pindaan berkenaan isu kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low serta isu penangguhan penerbitan Islamic Medium Term Notes (IMTN).

“Laporan Pengauditan 1MDB yang telah dibentangkan di hadapan PAC pada 4 dan 7 Mac 2016 adalah laporan yang telah dipinda, susulan arahan daripada Najib,” katanya.

Pasukan pendakwaan diwakili Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Mohamad Mustafa P Kunyalam, manakala Najib dan Arul Kanda masing-masing diwakli peguam, Rahmat Hazlan dan Datuk N Sivananthan.

Berita berkaitan
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok