Najib tanding PRU-15?

October 12, 2022 · Isu semasa

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta prosiding permohonan semakan kehakiman oleh Datuk Seri Najib Razak yang dilarang menghadiri sidang Dewan Rakyat, dipercepatkan kerana ia melibatkan pencalonan beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Persoalan berhubung pencalonan itu dibangkitkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Kamal Md Shahid hari ini (12 Oktober 2022), tatkala Parlimen dibubarkan pada Isnin lalu.

Najib sebelum ini, memohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat, yang mungkin memberi kesan secara langsung kepada peluang dia bertanding pada PRU-15.

Dalam permohonannya, Najib menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara sebagai responden.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan M Kogilambigai meminta mahkamah memberi masa sekurang-kurangnya seminggu untuk meneliti permohonan Najib untuk kebenaran mendapatkan semakan kehakiman.

“Kami memerlukan masa untuk mengkaji hujahan itu dan kami akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan bantahan,” katanya.

Beliau juga berkata tiada keperluan mendesak untuk permohonan itu kerana Parlimen telah dibubarkan baru-baru ini pada 10 Oktober.

Bagaimanapun Shafee berkata perkara itu mendesak kerana ia melibatkan hak anak guamnya mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan undang-undang memberi hak kepada banduan untuk ditemani (dan hadir ke Parlimen).

“Terdapat isu undang-undang yang serius untuk ditentukan oleh mahkamah, termasuk sama ada Najib akan berada di tempat pencalonan atau sama ada beliau boleh dicalonkan. Saya cadangkan permohonan itu didengar pada Jumaat (14 Oktober),” kata Shafee memetik laporan BH.

Mahkamah kemudian memutuskan 19 Oktober ini untuk pendengaran kes berkenaan.

Menerusi notis permohonan semakan kehakiman itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon antaranya perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara, yang tidak membenarkannya mendapatkan akses kepada pegawai atau pembantu bagi tujuan menjalankan kerja di kawasan Parlimennya.

Najib juga memohon perintah sama untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkannya hadir pada persidangan Dewan Rakyat.

Turut dimohon, perintah mandamus supaya responden mengambil semua langkah perlu untuk membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat pada tarikh yang sudah ditetapkan dan relif, perintah serta lain-lain arahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara melalui Penjara Kajang pada 28 September lalu, menyampaikan keputusan menolak permohonannya untuk menghadiri sidang Parlimen atas alasan keselamatan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Najib mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri pada 30 September lalu dan oleh kerana sidang bermula pada 3 Oktober lalu, dia memohon supaya keputusan dipercepatkan.

Oleh kerana tiada sebarang jawapan, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Katanya, berdasarkan Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, dia mempunyai kewajipan dari segi Perlembagaan untuk melaksanakan tugas dengan efektif sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
19 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok