Najib tak ke Switzerland tuntut wang SRC dibekukan: Sithambaram

April 14, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan hari ini mendengar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pergi ke Switzerland untuk membawa balik dana milik SRC International Sdn Bhd, yang dibekukan oleh kerajaan Switzerland kerana dikatakan terbabit dengan pengubahan wang haram.

Pendakwa ad hoc Datuk V Sithambaram berkata, malah Najib tidak menyelesaikan perkara itu, sehingga waktu beliau tidak lagi memegang jawatan perdana menteri.

“Perayu (Najib) tidak bertindak untuk pergi sendiri ke Switzerland bagi mendapatkan kembali dana itu untuk dibawa balik ke Malaysia. Yang Arif saya tidak jangka tindakan ini datangnya dari beliau, kerana ketika itu dia adalah perdana menteri dan menteri kewangan.

“SRC diwujudkan Najib. Hanya dia pemilik saham dalam SRC, tapi dia tidak membuat sebarang usaha untuk pergi ke Switzerland bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya sebagaimana dipetik dari Bernama.

Beliau berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sithambaram berkata, bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu bahawa Najib enggan membenarkan delegasi kerajaan untuk berlepas ke Switzerland bagi memberi penjelasan mengenai wang yang dibekukan oleh kerajaan negara itu.

“Motif keengganan pemohon (Najib) menimbulkan banyak persoalanan. Wang (berjumlah RM3.6 bilion) adalah sebahagian daripada RM4 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC, ia dana pencen.

Sebelum ini Najib dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata beliau tidak memberi kebenaran kepada Ahmah Husni untuk pergi ke Switzerland kerana Ahmad Husni tidak mempunyai ‘rancangan yang tersusun’ bagi mendapatkan kembali dana itu, dan dia juga tidak membuat sebarang permohonan rasmi mengenainya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram, dan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pendengaran rayuan itu bersambung.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok