Najib suruh saya pulang setelah minta Jho Low didakwa: Saksi

November 16, 2022 · Isu semasa

Pemilik The Edge, Tong Kooi Ong hari ini (16 November 2022) berkata Datuk Seri Najib Razak telah menunjukkan kepadanya pintu di rumahnya apabila beliau menggesa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, didakwa atas kecurian besar-besaran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tong berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-43 dalam perbicaraan, di mana Najib menghadapi 25 pertuduhan berhubung penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB yang didakwa telah memasuki akaun bank peribadinya.

The Edge telah menerbitkan banyak artikel mengenai 1MDB ketika Najib menjadi Perdana Menteri, yang menurut Tong telah membuatkan di Pejabat Perdana Menteri kecewa.

Tong berkata pada Mac 2015 beliau pergi ke kediaman peribadi Najib di Taman Duta, di mana beliau menjelaskan bukti yang menunjukkan bahawa 1MDB telah menjalin usahasama dengan sebuah syarikat yang sebenarnya bukan milik Arab Saudi.

Menurutnya syarikat itu juga tidak memiliki aset dan 1MDB tidak sepatutnya menyuntik dana ke dalam usahasama itu.

“Saya juga pada asasnya menjelaskan kepada Datuk Seri Najib bahawa wang AS$1 bilion yang disuntik 1MDB ke dalam PetroSaudi, AS$700 juta daripadanya pergi ke syarikat bernama Good Star. Pada dasarnya saya menjelaskan kepada Datuk Seri Najib bahawa Good Star sebenarnya milik Jho Low ,” katanya menurut MalayMail.

“Saya memberitahunya, Jho Low adalah orang sebenar yang memutuskan keputusan yang dibuat dalam 1MDB. Saya juga memberitahunya Shahrol (Datuk Shahrol Azral Ibrahim), yang walaupun menjadi Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, tidak pernah membuat sebarang keputusan.

“Da menerima arahan daripada Jho Low, dan dalam konteks ini Jho Low adalah pemilik Good Star,” katanya dii hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Ditanya Ketua Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram sama ada beliau telah mencadangkan apa yang patut dilakukan terhadap Jho Low, Tong berkata:

“Ya, saya lakukan, maksud saya, Datuk Seri Najib sentiasa kawan, saya melihatnya sebagai seorang kawan. Saya memberitahunya bahawa Jho Low telah melakukan apa yang salah dan harus disiasat serta didakwa.”

Ditanya apakah kesalahan yang didakwa dilakukan Jho Low, Tong berkata: “Nah, dia mencuri AS$700 juta.”

Sri Ram: Bila anda beritahu Datuk Seri Najib, apakah reaksinya?

Tong: Selepas saya memberitahu Datuk Seri Najib bahawa Jho Low perlu bertanggungjawab dan didakwa, dia berdiri, dia pergi ke pintu, dia membuka pintu untuk saya pergi.

Sri Ram: Dan adakah anda pergi?

Tong berkata, “Ya, sudah tentu”.

Pihak pendakwaan sebelum ini berkata bahawa wang daripada 1MDB telah diselewengkan dalam empat fasa berasingan dan ini menyebabkan lebih RM2.28 bilion dimasukkan ke akaun Najib.

Empat fasa itu didakwa berkaitan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa yang dihadapi Najib di bawah undang-undang antirasuah dalam perbicaraan 1MDB ini.

Perbicaraan Najib di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Saya terima elaun 1MDB lebih RM500,000, kata Irwan Serigar
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
2 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
14 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok