Najib sihat semasa dibenarkan keluar dari HKL, kata Dr Noor Hisham

September 12, 2022 · Isu semasa

Keadaan Datuk Seri Najib Razak sihat semasa dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata bekas Perdana Menteri itu yang kini bergelar banduan dimasukkan ke HKL pada Jumaat (9 September 2022) untuk memastikan keadaan kesihatan beliau pada tahap baik dan optimum, ia susulan laporan media mengatakan keadaan kesihatan Najib semakin buruk hari ini.

“Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, media melaporkan pihak hospital tersalah memberi ubat darah tinggi kepada Najib dan menyebabkan keadaan kesihatannya agak teruk sehingga tidak dapat meneruskan perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Jelas Noor Hisham lagi, Najib diberikan pemeriksaan yang teliti melibatkan pakar-pakar perunding kanan, malah keluarganya juga sudah dirujuk serta dimaklumkan berhubung proses yang dijalankan KKM semasa memeriksa keadaan kesihatannya.

“Pihak HKL juga sudah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bekas Perdana Menteri dan ahli keluarga beliau.

“Keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang ini mengikut amalan profesional kedoktoran.

“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk discaj dari HKL,” katanya lagi.

Pagi tadi, semasa prosiding kes Najib bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1MDB, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Tan Sri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara Kajang mengenai keadaan Najib yang ‘agak teruk’.

Katanya, perbicaraan hari ini terpaksa disingkatkan kerana dia diberitahu Najib memerlukan rawatan perubatan setelah ubat darah tingginya memberinya kesan buruk.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan pada pukul 12.30 tengah hari bagi membolehkan Najib mendapatkan rawatan perubatan.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Pada 23 Ogos, Najib dihantar ke penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Berita berkaitan
Kematian saksi 1MDB, polis sahkan tiada unsur jenayah
May 31, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Pengarang buku 1MDB dakwa Jho Low dalam tahanan rumah di Shanghai
May 31, 2023· Isu semasa
Bekas pembantu dedah lokasi persembunyian Jho Low meninggal dunia: Laporan
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok