Najib, Shafee sekali lagi gagal singkir Sri Ram, mahkamah tolak rayuan

May 23, 2022 · Isu semasa

Usaha Datuk Seri Najib Razak peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyingkirkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes masing-masing sekali lagi menemui jalan buntu.

Najib dan Shafee gagal mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah terdahulu yang menolak semakan kehakiman untuk membatalkan kelayakan Sri Ram, ia diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh.

“Salah satu keperluan yang perlu dipenuhi sebelum kebenaran merayu diberikan ialah permohonan membabitkan persoalan undang-undang yang belum pernah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

“Kami berpendapat bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh pemohon telah dijawab dalam beberapa kes sebelum ini. Oleh itu, tiada keperluan untuk kami menyimpang daripada penghakiman yang diputuskan sebelum ini.

“Sehubungan itu, permohonan kebenaran ini menjurus kepada kegagalan oleh itu permohonan kedua-dua pemohon ditolak tanpa sebarang perintah mengenai kos,” kata Hakim Mohd. Zawawi ketika membaca penghakiman ringkasnya.

Dua panel lagi yang turut sama dalam membuat keputusan hari ini adalah Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Untuk rekod, Sri Ram bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion dan kes Shafee membabitkan pengubahan wang haram RM9.5 juta.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Sri Ram dalam kesnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kanan dalam kes penyelewengan dana 1MDB pada Disember 2018.

Sementara itu, Shafee yang juga peguam Najib dalam kes seleweng tersebut mencabar pelantikan Sri Ram dalam perbicaraan kesnya sendiri membabitkan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada Najib berjumlah RM9.5 juta.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan bekas hakim itu sebagai ketua pendakwaan tidak sah.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu dan memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Pada 28 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Najib dan Muhammad Shafee untuk menggugurkan Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam perbicaraan kes mereka.

Pada 8 November 2021, Mahkamah Rayuan mengekal keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan pelantikan Sri Ram bagi mengendalikan kes jenayah Najib dan Muhammad Shafee dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang betul.

Berita berkaitan
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
2 jam lalu· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Pengikut setia Najib dijemput ke mesyuarat MT ganti tempat Tajuddin
June 24, 2022· Politik
Puad tak mahu Menteri UMNO dipetik kes rasuah Zahid letak jawatan
June 24, 2022· Politik
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
2 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
2 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
2 jam lalu · Isu semasa
MoF sentiasa tingkat subsidi kepada rakyat: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok