Najib saman bekas bekas AG, dakwa menderita akibat pertuduhan

October 26, 2021 · Isu semasa

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas serta kerajaan Malaysia disaman Datuk Seri Najib Razak ekoran pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah dan menuntut ganti rugi hampir RM2 juta.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, Najib mendakwa Tommy campur tangan dalam siasatan dan tidak mengkaji kesnya dengan objektif, selain melakukan misfeasans (gagal melaksanakan tugas dengan betul) dan penyalahgunaan proses dengan niat jahat (malicious process) dan cuai ketika menjadi Peguam Negara.

Selain itu, bekas Peguam Negara itu didakwa telah menyalahgunakan kuasa bagi memenuhi rancangannya untuk memenjarakan Najib.

Najib turut mendakwa 35 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya; kecuali pertuduhan membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, merupakan sesuatu yang dirancang oleh Tommy.

Akibatnya, Najib mendakwa beliau hilang reputasi sebagai ahli politik, hilang kebebasan semasa disiasat pihak berkuasa dan turut mengalami kesakitan, penderitaan serta trauma.

Oleh itu, Najib memohon deklarasi bahawa Tommy telah melakukan misfeasans serta ganti rugi am, teladan dan tambahan yang akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah.

Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM1,941,988 iaitu kos-kos yang terpaksa ditanggung akibat pendakwaan tersebut seperti bayaran rundingan pasukan audit untuk melakukan semakan dokumentasi dan kos yang terpaksa dibazirkan kerana tidak dapat ke luar negara akibat syarat jaminan yang dikenakan terhadapnya.

Bekas Perdana Menteri itu membuat tuntutan tersebut pada 22 Oktober lalu melalui firma guaman, Tetuan Raj, Ong & Yudestra di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar, Nurliana Ismail pada 19 November ini.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
2,500 guru enggan divaksin diberi tugas lain di sekolah
September 4, 2021
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok