Najib, Rosmah dibenar periksa barang sita yang disimpan BNM

September 9, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memeriksa barang sita dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences yang kini disimpang di Bank Negara Malaysia (BNM).

Barang sita tersebut melibatkan 11,991 unit barang kemas yang disimpan dalam lebih 90 kotak, menurut laporan FMT.

Selain Najib dan isteri, pemilik syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, Samer Halimah turut diberikan kebenaran untuk memeriksa barang kemas tersebut oleh mahkamah.

Peguam David Gurupatham, yang mewakili Samer, berkata hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin membenarkan pemeriksaan itu antara 25 Okt dan 5 Nov, dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau berkata itu adalah kali ketiga arahan sedemikian dibuat.

“Tahun lepas, hakim memberikan dua tarikh untuk melakukan pemeriksaan tetapi tidak dapat dibuat kerana pandemik,” kata peguam, yang hadir bersama Venothany Rajagopal di hadapan Jamil untuk pengurusan kes.

Pengurusan kes seterusnya adalah pada 8 Nov.

Syarikat itu mendakwa menjual 44 barang kemas bernilai sekitar RM66 juta kepada Rosmah pada 2018 dan mahu dikembalikan kerana mendakwa Rosmah tidak membuat sebarang pembayaran.

“Ini kerana pembelian itu hanya akan dimuktamadkan selepas barang kemas tersebut dicuba,” kata Gurupatham.

Peguam Eleena Rashid mewakili Najib, dan Iskandar Shah Ibrahim dan Azamuddin Aziz mewakili Rosmah.

Najib, Rosmah dan Global Royalty adalah pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki oleh Bustari Yusof.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 25 Julai tahun lalu, Najib dan Rosmah telah memeriksa sejumlah 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 pasang cermin mata yang dirampas dari premis yang sama.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
10 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
10 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok