Najib, Rosmah dibenar periksa 90 kotak barang kemas

March 31, 2021 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh dibenar memeriksa 11,991 unit barang kemas yang kini disimpan dalam lebih 90 kotak di dalam bilik kebal di Bank Negara Malaysia (BNM).

Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini menetapkan 12 hingga 15 Julai atau 2 hingga 6 Ogos ini bagi pemeriksaan barang kemas oleh pihak ketiga dan pengurusan kes ditetapkan pada 1 Jun, lapor Bernama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata, berdasarkan simulasi yang telah dilakukan antara pihak pendakwaan, BNM dan pegawai penyiasat kes, pemeriksaan ke atas 11,991 unit barang kemas itu akan mengambil masa antara empat hingga lima hari.

“Pemeriksaan bagi setiap kotak akan mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit, tetapi tempoh ini masih bergantung kepada cara pemeriksaan oleh pihak ketiga. Jadi dalam tempoh satu jam, kami menganggarkan lebih kurang empat kotak akan diperiksa.

“Bagaimanapun, pihak BNM menasihatkan pihak-pihak terlibat untuk tidak berada di dalam bilik kebal itu lebih daripada lima jam berikutan kandungan oksigen yang rendah. Berdasarkan kiraan kami, pemeriksaan barang kemas ini akan mengambil masa empat hingga lima hari dan ia hanya boleh dilakukan pada hari bekerja,” katanya pada prosiding pengurusan kes lucut hak terhadap Obyu Holdings hari ini.

Najib, Rosmah dan Global Royalty merupakan pihak ketiga yang ingin menuntut barang kemas dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings, yang dimiliki oleh Tan Sri Bustari Yusof.

Berita berkaitan
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
4 jam lalu· Politik
Jika orang lain lantik anak sendiri, mahunya hari-hari disuruh letak jawatan
January 31, 2023· Politik
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
January 29, 2023· Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
January 27, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
5 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
49 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok