Najib, Rosmah belum boleh periksa 11,991 unit barang kemas di BNM

July 27, 2021 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh masih belum dapat memeriksa 11,991 unit barang kemas yang kini disimpan dalam lebih 90 buah kotak di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Barang kemas itu antara pelbagai barang yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata mahkamah sebelum ini menetapkan 12 hingga 15 Julai bagi pemeriksaan barang kemas itu oleh pihak ketiga, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pemeriksaan barang kemas itu yang turut ditetapkan pada 2 hingga 5 Ogos ini masih tidak dapat dijalankan kerana Fasa Satu PPN dan Samer yang kini berada di United Kingdom, masih belum dapat diuruskan untuk masuk ke Malaysia.

“Pihak pendakwaan juga mencadangkan pemeriksaan fizikal hanya dijalankan apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran untuk melakukan aktiviti berkumpulan di tempat tertutup, setelah mengambil kira perkembangan semasa seperti risiko penyebaran wabak COVID-19,” katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini.

Najib, Rosmah dan Global Royalty merupakan pihak ketiga ingin menuntut barang kemas, dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.

Memetik Bernama, Faten Hadni bagaimanapun berkata risiko penyebaran wabak itu adalah tinggi kerana keadaan bilik kebal BNM yang tertutup dan pemeriksaan barang kemas akan membabitkan ramai orang, bukan sahaja pihak ketiga tetapi pihak polis yang perlu mengawal keselamatan ketika pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata perkara itu tidak dibantah peguam-peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu dan Samer serta mahkamah menetapkan 9 Sept ini untuk pengurusan kes.

Sebelum ini, pemeriksaan barang kemas itu tidak dapat dilakukan setelah Samer tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana sempadan negara ditutup susulan wabak COVID-19.

Bagaimanapun pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barangan termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 cermin mata, 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas pihak berkuasa kerana didakwa terbabit skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok