Najib pegang banyak jawatan untuk lakukan jenayah dalam SRC: Pendakwa

August 18, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa semua tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd adalah bagi mencapai hasrat peribadi beliau bagi mendapat perolehan secara salah bagi dirinya, dan kerugian secara salah kepada syarikat itu.

Pendakwa ad hoc Datuk V.Sithambaram berhujah bahawa tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan perayu (Najib) bertindak bagi melindungi atau memelihara kepentingan SRC, sebagaimana yang dipertanggungjawabkan kepadanya secara undang-undang, lapor Bernama.

“Najib adalah perdana menteri, menteri kewangan, dan juga penasihat emeritus syarikat itu. Ia ketara dan jelas bahawa dia menggunakan semua kedudukannya itu bagi mendapatkan perolehan kewangan menerusi pinjaman RM4 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP). Hasrat perayu melakukan jenayah dilaksanakan dengan cara dia memegang pelbagai jawatan berbeza.

“Apa yang dirancang oleh perayu terhadap wang berbilion yang dibekukan di Swiss bank, tiada siapa yang tahu. Ia adalah ‘mens rea’ (niat) perayu melaksanakan hasrat jenayah dalam pelbagai kedudukannya, yang membolehkan perayu melakukan tujuh kesalahan sebagaimana dakwaan keatasnya,” katanya pada pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Beliau berkata sememangnya niat tunggal perayu adalah untuk melakukan jenayah dalam pelbagai peranan yang dimainkan olehnya dalam pentadbiran negara, dan dalam SRC.

Sithambaram berkata gabungan pelbagai peranan yang dimainkan Najib membolehkan dia melaksanakan rancangannya untuk mendapat manfaat daripada dana SRC, apabila dia meletakkan dirinya dalam kedudukan yang menyaksikan lembaga pengarah (BoD) SRC bertindak atas arahannya, dan bukannya sebagai pengarah bebas.

“Walaupun undang-undang menghendaki BOD SRC sentiasa bertindak demi kepentingan terbaik SRC, ia sebenarnya bertindak (tanpa disedari) demi kepentingan terbaik perayu.

“Pinjaman RM4 bilion KWAP kepada SRC telah hilang, sementara hutang masih dibayar oleh kerajaan daripada dana awam. Ia sesuatu yang luar biasa apabila syarikat yang baru ditubuhkan (SRC) diberi pinjaman yang begitu besar.

“Kelulusan pinjaman dilakukan dengan sangat pantas, dan ia diluluskan kabinet yang dipengerusikan oleh Najib pada ketika itu,” katanya di hadapan panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Lain-lain hakim dalam panel itu terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Peguam itu seterusnya berkata sejumlah RM50 juta dipindahkan keluar daripada SRC kepa anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan lhsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dalam dua transaksi berasingan, yakni RM40 juta pada Disember 2014 dan seterusnya RM10 juta pada Februari 2015.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM42 juta dipindahkan ke akaun Najib dalam tiga transaksi yakni RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Prosiding rayuan itu bersambung esok.

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
2 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
4 jam lalu· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
12 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
12 jam lalu· Politik
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kon sangkut di kepala
September 27, 2022
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
46 minit lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
1 jam lalu · Isu semasa
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
2 jam lalu · Isu semasa
1,552 kes semalam, 6 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
17 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok