Najib naik angin MP pembangkang cadang nama vaksin tempatan ‘Bossku’

Tindakan seorang Ahli Parlimen pembangkang, Hanipa Maidin (Sepang) yang mencadangkan nama vaksin buatan tempatan diberikan nama ‘Bossku’ atau ‘Pekan’ menyebabkan bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak naik angin.

Najib yang juga MP Pekan membidas MP Sepang daripada Parti Amanah itu semakin tidak waras apabila mengemukakan cadangan sedemikian yang seolah-olah cuba menyindirnya yang terkenal dengan gelaran ‘Bossku’ dikalangan peminat fanatiknya.

“Makin menggiler (menggila) puak sebelah sana. Bimbang pula saya,” kata Najib ringkas sebagai tindak balas terhadap cadangan Hanipa tersebut.

Hanipa sebelum ini di Dewan Rakyat menggesa supaya kerajaan mempertimbangkan nama vaksin Covid-19 buatan Malaysia sebagai ‘Bossku’ atau ‘Pekan’.

Menurut Hanipa, ia sebagai menumpang populariti bekas PM itu.

“Jika kita cipta vaksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya vaksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’ ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu untuk dapat impak yang kuat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib dalam kempen dan jelajahnya sering dipanggil dengan gelaran Bossku dikalangan penyokongnya, malah kembalinya kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga hasil strategi yang dirancang oleh beliau.

 

BERITA BERKAIT
POPULAR