Najib mohon lagi tangguh keputusan rayuan SRC, Hakim beri amaran

December 7, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memohon untuk menangguhkan tarikh keputusan berhubung rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang sepatutnya dijadualkan esok.

Bekas Perdana Menteri itu juga yang sepatutnya menghadiri pendengaran permohonan untuk memasukkan bukti baharu hari ini juga tidak hadir di Mahkamah Rayuan dan membuat permohonan untuk melapangkan perbicaraan hari dan esok.

Najib juga tidak hadir di mahkamah hari ini, panel Hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, menegur peguam bela Harvinder Singh Sidhu kerana gagal memberi alasan mengapa anak guamnya tidak hadir.

“Tarikh perbicaraan hari ini telah pun dimaklumkan, dan penjamin telah dimaklumkan.

“Kita boleh membatalkan jaminan (RM2 juta) dan keluarkan waran tangkap atas ketidakhadiran Najib hari ini.

“Anda sendiri (penjamin) tidak tahu Najib tiada di sini. Anda hanya meneka.

“Ini bukan kedai kopi, ini mahkamah, jangan main teka-teka sahaja,” kata Abdul Karim dengan tegas lapor portal Malaysiakini.

Permohonan tersebut dibuat firma guaman mewakil Najib, Tetuan Shafee & Co yang ditandatangani Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Mahkamah Rayuan melalui surat bertarikh semalam berikutan anak lelakinya, Muhammad Farhan yang juga peguam dalam pasukan pembelaan disahkan positif Covid-19.

Berikutan itu, peguam lain termasuk Muhammad Shafee kini menjadi kontak rapat atau kontak kasual.

Dalam surat itu, Muhammad Shafee berkata, ketika peguam pasukan pembelaan menyiapkan pemfailan hujahan bertulis bagi prosiding hari ini, dan ketika petang semalam, seorang daripada peguam menerima panggilan daripada ibunya yang menyatakan dia (ibunya) didapati positif Covid-19.

Muhammad Shafee berkata, beliau dan Muhammad Farhan bersama isteri dan anak lelakinya sebelum itu menghadiri sambutan dan perjumpaan bersama keluarga serta rakan terdekat yang turut dihadiri peguam terbabit dan ibunya, Sabtu lalu.

Katanya, selepas dimaklumkan oleh peguam mengenai hal itu, semua peguam yang berada di firma guaman berkenaan membuat ujian kendiri Covid-19, dengan Muhammad Farhan didapati positif melalui tiga kit ujian berbeza, manakala peguam lain menunjukkan keputusan negatif.

“Tambahan pula, anak guam kami (Najib) hadir di pejabat bagi tujuan semakan dan mengikrarkan afidavit yang difaikan semalam.

“Oleh itu, semua status aplikasi MySejahtera milik semua yang terbabit berubah kepada sama ada kontak rapat atau kontak kasual dengan masing-masing sedang menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19.

“Oleh kerana perkara di atas, pihak kami mempunyai tanggungjawab sosial kepada mahkamah dan pihak terbabit untuk memaklumkan perkara ini. Kami dengan rendah diri memohon pertimbangan mahkamah untuk melapangkan tarikh pendengaran hari ini dan esok (keputusan) memandangkan perkara yang terjadi,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku, namun mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan semua yang terbabit dalam prosiding rayuan berkenaan.

Esok, Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada untuk membebaskan Najib atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd.

Sepanjang tujuh bulan lalu, pasukan pembelaan mengemukakan rayuan dengan 307 alasan mengapa Najib tidak patut didapati bersalah atas semua tujuh tuduhan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang dijadualkan bermula jam 9 pagi.

Antara alasan dikemukakan Najib untuk dipertimbangkan ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang membuat keputusan mensabitkannya pada 28 Julai tahun lalu, gagal menimbangkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menipu dan memanipulasi akaun bank milik bekas Perdana Menteri itu.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
66 pelancong Malaysia positif varian Omicron di Indonesia
January 20, 2022
Mungkin libat pengubahan wang haram, NGO lapor Rafizi kepada SPRM
November 10, 2022
Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok