Najib minta segerakan usaha sama 1MDB-Petrosaudi bernilai AS$700 juta, kata saksi

April 1, 2022 · Isu semasa

Walaupun terdapat keraguan, Datuk Seri Najib Razak menyuruh supaya usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan syarikat Abu Dhabi, Petrosaudi International (PSI) disegerakan, kata Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Bakke merupakan bekas Pengerusi 1MDB dan juga saksi perbicaraan kes pinda audit 1MDB semasa memberi keterangan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendedahkan bekas Perdana Menteri (PM) itu memberitahunya supaya tidak menghabiskan banyak masa melihat transaksi lama dan fokus kepada cadangan usaha sama itu.

“PM cakap dengan saya ‘tak perlu guna banyak masa lihat transaksi lepas’ dan ‘hanya tumpu cadangan usaha sama’ memandangkan perkara itu telah dibincangkan untuk beberapa waktu, dan kami perlu buat keputusan secepat mungkin,” dakwanya.

Bakke memberitahu perkara tersebut semasa pemeriksaan balas dengan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini.

Menurut Bakke, arahan tersebut diberikan walaupun terdapat kebimbangan melibatkan beberapa isu seperti penyelewengan AS$700 juta itu, Najib memberitahunya agar tidak terlalu menghabiskan banyak masa terhadap transaksi yang telah berlaku.

Bakke turut memberitahu beberapa ahli lembaga pengarah 1MDB tidak selesa dengan pelaburan dalam PSI tersebut tetapi Low Taek Jho atau Jho Low bertindak menekan untuk memastikan usaha sama itu berjaya.

“Malah kami mengarahkan pasukan pengurusan 1MDB pada mesyuarat 18 September 2009 untuk melakukan siasatan audit (due diligencec) terhadap cadangan PSI tersebut,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Bakke mendapati pada mesyuarat 26 September 2009, pihak pengurusan tidak bertindak seperti yang diarahkan oleh lembaga pengarah.

“Jho Low memberi telefon bimbitnya kepada saya dan memberitahu Perdana Menteri (Najib) mahu bercakap dengan saya,” katanya merujuk kepada ahli perniagaan dalam buruan yang turut berada semasa mesyuarat tersebut.

Dalam prosiding di depan Hakim Mohamed Zaini Mazlan sebelum ini, Bakke yang juga saksi pendakwaan ke-13 itu berkata Najib tidak membalas pesanan teksnya selepas menyuarakan kebimbangan berhubung dakwaan sebanyak AS$700 juta dana 1MDB sudah dilencongkan ke syarikat lain.

Najib sedang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan beberapa pindaan ke atas laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Tertuduh bersama yang juga bekas CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesahan itu.

Isu lain yang didakwa digugurkan daripada laporan audit 1MDB ialah dua penyata kewangan 2014 yang bercanggah bagi firma tersebut.

Perbicaraan bersambung pada 12 April ini.

Berita berkaitan
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
9 jam lalu· Politik
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
10 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
10 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
13 jam lalu· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
12 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
5 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok