Najib mahu orang ramai percaya dirinya dianiaya, bersumpah dalam FB sekali lagi

December 9, 2021 · Isu semasa

Walaupun Mahkamah Rayuan sudah memutuskan bersalah semalam, Datuk Seri Najib Razak masih mahu orang ramai mempercayai dirinya teraniaya selepas hukuman penjara dan denda bersabit penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. terhadapnya dikekalkan.

Najib seakan tidak dapat menerima realiti mahkamah sudah membuat keputusan dan mendapati dirinya bersalah, namun masih mendakwa dirinya tidak bersalah bersabit pertuduhan tersebut.

“Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ia bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya.

“Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA (Akta Pengubahan Wang Haram). Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa saya turut menerima RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang saya juga telah sedekahkan sepenuhnya bagi pelbagai aktiviti CSR dan program rakyat.

“Saya tidak didapati bersalah mencuri RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya. Sebaliknya maklumat dan bukti bahawa keluarga dan proksi individu-individu tertentu yang merupakan saksi kes SRC yang telah didapati menerima sekurang-kurangnya RM65 juta dan RM85 juta untuk disorok dalam akaun Singapura tidak pula pernah didakwa dan diberikan peluang kepada saya untuk digunakan sebagai bukti baharu bagi pembelaan kes saya,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Najib cuba mengekalkan naratif cerita ‘tidak tahu’ yang diulanginya berkali-kali dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini.

Malah, semalam juga Najib membuat sumpah sama dengan mengulangi ‘tidak tahu’ berhubung wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun, perkara panting yang dibangkitkan pihak pendakwa raya adalah Najib tidak membuat aduan atau melaporkan kepada pihak bank berhubung wang tersebut yang dimasukkan ke dalam akaunnya, sebaliknya membelanjakan wang tersebut.

Selain itu, Najib juga sekali lagi bersumpah dalam Facebooknya hari ini selepas membuat tindakan sama semalam, menegaskan dirinya dianiaya.

“Saya mungkin tidak mempunyai kebebasan untuk mengulas lebih lanjut di sini mengenai proses mahkamah. Tetapi saya katakan di sini bahawa sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai.

“Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia. Peringkat rayuan seterusnya adalah Mahkamah Persekutuan dan saya percaya akan mendapat keadilan. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya nyatakan atas nama Allah. Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu. Mahkamah akhirat nanti hakimnya Allah,” katanya lagi.

Najib didapati bersalah bersabit kes pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC selepas rayuannya ditolak semalam.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan menolak rayuan bekas PM itu selepas mendapati permohonan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga Hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Dalam penghakiman yang dibacakan, mahkamah antara lain menyatakan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok