Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula

March 31, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani hukuman penjara bersabit hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib gagal dalam permohonan untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya dalam keputusan majoriti 4-1 hari ini.

Keputusan majoriti itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim itu membuat keputusan bertentangan.

Anggota panel lain ialah hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun itu di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu.

Vernon berkata mahkamah mendapati tidak berlaku kegagalan dalam proses keadilan ketika pendengaran prosiding rayuan akhir kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu.

Beliau berkata, hak Najib untuk mendapat perbicaraan yang adil tidak pernah dinafikan ketika pendengaran rayuan terbabit.

Katanya, peguam Najib ketika itu enggan membuat penghujahan lisan walaupun dibenarkan berbuat demikian oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel hakim yang akhirnya menolak rayuan akhir berkenaan.

Beliau merujuk peguam Hisyam Teh Poh Teik yang dilantik Najib ketika itu yang tidak mengemukakan penghujahan lisan walau diminta berbuat demikian ketika pendengaran rayuan akhir berkenaan.

“Mahkamah mendapati permohonan Najib untuk dibenarkan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti baharu berhubung pembabitan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak dapat dipertahankan.

“Berhubung permohonan kebenaran untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak untuk menangguhkan prosiding rayuan utama, kami dapati peguam diberi hak untuk didengar tetapi enggan berhujah, dalam keadaan itu kami tidak dapati mereka tidak dinafikan hak untuk didengar sekali gus menyebabkan ketidakadilan kepada pemohon.

“Kami juga dapati panel Mahkamah Persekutuan tahun lalu membuat keputusan yang betul apabila menolak permohonan pemohon supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mengetuai panel, kami dapati tiada asas bagi membuat semakan terhadap keputusan itu,” katanya dipetik laporan BH.

Berita berkaitan
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
16 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
16 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Kes rasuah: SPRM buat dakwaan tak berasas, kata Guan Eng
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
4 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok