Najib ke Singapura selepas Zahid pulang dari Jerman, tumpu kempen PRN

October 22, 2021 · Isu semasa

Rancangan Datuk Seri Najib Razak untuk ke Singapura terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu ke Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya.

Hanya selepas Zahid pulang dari Jerman baharu bekas Perdana Menteri itu akan ke Singapura kerana diminta untuk membantu jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Susulan itu, Najib memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.

Pada prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah mengenai permohonan anak guamnya untuk meminda tarikh berkenaan yang difailkan semalam.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, beliau perlu mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan itu.

Dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama-sama notis usul terpinda, Najib berkata, beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Zahid.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan kemudian menangguhkan kepada 26 Oktober ini untuk mendengar permohonan Najib.

Najib, 68, dibicarakan di hadapan Mohamed Zaini atas dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Ia bagi membolehkan Najib itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua bulan hadapan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga membenarkan permohonan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk pasportnya dikembalikan sementara bagi tujuan sama dan perlu dipulangkan pada 21 November ini.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok